Aplikasi maqasid syariah di dalam penentuan hukum pemberian zakat kepada golongan bukan islam / Razizi Tarmuji

Tarmuji, Razizi (2017) Aplikasi maqasid syariah di dalam penentuan hukum pemberian zakat kepada golongan bukan islam / Razizi Tarmuji. Borneo Akademika, 2 (1). pp. 61-68. ISSN 2462-1641

Abstract

Maqasid Syariah ataupun Objektif Syariah merupakan komponen penting Syariah Islam bagi memastikan setiap hukum syarak yang dikeluarkan oleh ulama menepati kehendak Syariah itu sendiri iaitu untuk mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan bagi manusia. Pengabaian elemen Maqasid Syariah dalam penentuan hukum boleh menyebabkan sesuatu hukum itu jauh dari semangat Syariah. Zakat merupakan ibadat harta yang wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mencukupi syarat-syaratnya. Harta zakat yang dikumpul itu hendaklah diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya iaitu golongan asnaf yang lapan sebagaimana digariskan dalam Surah al-Taubah ayat 60 iaitu fakir, miskin,`amil, muallaf, riqab, gharimin, fi sabilillah dan ibn sabil. Kertas kerja ini memfokuskan perbincangan mengenai pemberian zakat kepada golongan bukan Islam samada sebagai asnaf fakir, miskin ataupun mualaf. Terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama mazhab mengenai hukum pemberian zakat kepada mereka. Justeru Maqasid Syariah wajar diaplikasikan dan diterapkan dalam proses mengeluarkan hukum yang paling sesuai dalam isu ini berdasarkan dalil dan faktor suasana semasa. Kaedah perbandingan dilakukan terhadap pandangan ulama khususnya dari empat mazhab fiqah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Secara umumnya, memberi zakat kepada bukan Islam hukumnya adalah harus dengan mengambil kira beberapa syarat-syarat yang tertentu bagi memastikan hukum keharusan ini benar-benar menepati Maqasid Syariah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tarmuji, Razizi
raziz106@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Benevolent work. Social work. Welfare work, etc.
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
ISSN: 2462-1641
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 61-68
Keywords: Maqasid syariah, Pemberian zakat, Bukan Islam
Date: January 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34428
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34428.pdf] Text
34428.pdf

Download (293kB)

ID Number

34428

Indexing

Statistic

Statistic details