Kajian kebolehcapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dalam sasaran Wawasan 2020 / Suhaida Mohd Amin and Mohd Faizal P. Rameli

Mohd Amin, Suhaida and P. Rameli, Mohd Faizal (2010) Kajian kebolehcapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dalam sasaran Wawasan 2020 / Suhaida Mohd Amin and Mohd Faizal P. Rameli. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Abstract

Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat melalui pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk “The Way Forward” semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Febuari 1991. Pada dasarnya, Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Matlamat yang dicita-citakan melalui Wawasan 2020 ini ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Dari aspek ekonomi, sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2020 ialah kira-kira USD920 bilion. Berdasarkan KDNK Malaysia pada 1991 iaitu sebanyak USD115 bilion, pertumbuhan KDNK perlu mencapai sekurang-kurangnya pada kadar purata kira-kira tujuh peratus setahun (berdasarkan nilai sebenar pada 1990). Pada hari ini, Wawasan 2020 telah berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, kita telah melalui beberapa tempoh getir. Krisis Matawang dan Pasaran modal 1997 menyebabkan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia mencecah paras negatif iaitu negatif 7.4 peratus pada tahun 1998. Kemelesetan Ekonomi Asia 2001 menyebabkan pertumbuhan KDNK Malaysia cuma 0.5 peratus pada tahun tersebut. Kegawatan Ekonomi Global 2008 yang melanda dunia baru-baru ini turut memberi impak kepada Ekonomi Malaysia. Pada suku ketiga tahun 2009, kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia ialah negatif 1.2 peratus berbanding 4.8 peratus pada tempoh yang sama bagi tahun 2008. Sehubungan dengan situasi-situasi di atas, kajian ini akan meninjau kelancaran proses pencapaian Wawasan 2020 yang cuma tinggal 10 tahun sahaja lagi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Amin, Suhaida
suhaida294@bdrmelaka.uitm.edu.my
P. Rameli, Mohd Faizal
faizal061@melaka.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Income. Income distribution. National income. Including gross national product, gross domestic product, and gross state product
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-10
Keywords: Kebolehcapaian; KDNK; Malaysia; Wawasan 2020
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33545
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33545.pdf] Text
33545.pdf

Download (698kB)

ID Number

33545

Indexing

Statistic

Statistic details