Hubungan public service motivation (PSM) dengan komitmen kakitangan awam: kajian ke atas badan berkanun di negeri Kedah / Sharifuzah Osman and Nor Azizah Zainal Abidin

Osman, Sharifuzah and Zainal Abidin, Nor Azizah (2010) Hubungan public service motivation (PSM) dengan komitmen kakitangan awam: kajian ke atas badan berkanun di negeri Kedah / Sharifuzah Osman and Nor Azizah Zainal Abidin. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Abstract

Usaha kerajaan dalam meningkat kualiti perkhidmatan awam di negara ini tidak pernah berhenti malah sentiasa diperhebatkan dari masa ke semasa. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kualiti system penyampaian amat ditekankan. Tagline Satu Malaysia: rakyat didahulukan, prestasi diutamakan merupakan petunjuk bahawa kerajaan amat komited terhadap usaha-usaha meningkatkan sistem penyampaian awam. Walau bagaimanapun, pencapaian matlamat tersebut memerlukan kesungguhan dan motivasi yang tinggi daripada penjawat awam. Tanpa pembolehubah tersebut, peranan sektor awam selaku pemudahcara kepada penciptaan kekayaan negara dan pemelihara kemaslahatan rakyat mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Kajian berkenaan motivasi dalam kalangan penjawat awam terutamanya di Barat mendapati bahawa komitmen kerja penjawat awam didorong oleh motif ingin berbakti dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Motif sedemikian dirujuk sebagai Public Service Motivation (PSM) oleh James L. Perry dan Lois Recascino Wise (1990). Kertas kerja ini akan membincangkan tentang (i) tahap PSM dan komitmen terhadap organisasi dan (ii) hubungan antara PSM dengan komitmen kerja penjawat awam berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan ke atas sebuah badan berkanun di negeri Kedah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Sharifuzah
fuzah@uum.edu.my
Zainal Abidin, Nor Azizah
norazizah@uum.edu.my
Subjects: J Political Science > JF Political institutions and public administration > Public administration
J Political Science > JS Local government. Municipal government > Local government
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Public Service Motivation (PSM); komitmen terhadap organisasi (komitmen keorganisasian) dan sektor awam
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33508
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33508.pdf] Text
33508.pdf

Download (345kB)

ID Number

33508

Indexing

Statistic

Statistic details