Pengaruh Sikap Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Kursus Secara Sambilan Berdasarkan Model Andragogi Knowles / Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore

Mohd Matore, Mohd Effendi @ Ewan (2010) Pengaruh Sikap Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Kursus Secara Sambilan Berdasarkan Model Andragogi Knowles / Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Abstract

Kajian ini mengkaji pengaruh sikap pelajar terhadap pencapaian akademik pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS) di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah berdasarkan Model Andragogi oleh Knowles yang merangkumi enam elemen iaitu keperluan ingin tahu, penyempurnaan kendiri, peranan pengalaman, kesediaan belajar, orientasi pembelajaran, peranan motivasi dan elemen andragogi secara keseluruhan. Kajian ini melibatkan kesemua 47 orang responden di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai sampel kajian. Data diproses dengan The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 menggunakan Ujian Korelasi Pearson Product Momen, Ujian Regresi Pelbagai dan min deskriptif. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.888. Dapatan kajian mendapati, min skor bagi semua aspek menunjukkan bahawa tahap sikap pelajar pada prinsip pembelajaran utama andragogi secara keseluruhannya berada di tahap yang baik. Dapatan menunjukkan korelasi yang sangat kuat bagi elemen keperluan ingin tahu dan prinsip pembelajaran keseluruhan terhadap pencapaian akademik. Bagi elemen lain seperti penyempurnaan kendiri, peranan pengalaman, orientasi pembelajaran dan peranan motivasi pula menunjukkan korelasi yang kuat iaitu nilai r antara 0.71 sehingga 0.90. Hanya elemen kesediaan belajar yang memiliki kekuatan korelasi yang sederhana. Analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa pembolehubah peramal iaitu Keperluan ingin tahu dan penyempurnaan kendiri adalah peramal yang mempunyai korelasi dan sumbangan yang signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar KSS di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mohd Matore, Mohd Effendi @ Ewaneffendi_ewan@yahoo.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-8
Item ID: 33397
Uncontrolled Keywords: sikap; pencapaian akademik; model andragogi; kursus secara sambilan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33397

Download

[img] Text
33397.pdf

Download (394kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year