Al Mutawalli Dalam Pengurusan Harta Wakaf Dan Amalan Di Malaysia Menurut Perundangan Islam / Che Zuina Ismail

Ismail, Che Zuina (2010) Al Mutawalli Dalam Pengurusan Harta Wakaf Dan Amalan Di Malaysia Menurut Perundangan Islam / Che Zuina Ismail. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia. (Unpublished)

Abstract

Harta wakaf perlu dipelihara, dijaga dan dimajukan supaya manfaatnya bukan sahaja dapat dikekalkan dan memenuhi tujuan, malahan dapat dimaksimumkan. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan. Justeru pengurusan dan pembangunan harta wakaf di negara ini juga mestilah bersifat inovatif, kreatif dan proaktif berpaksikan kepada hukum syarak. Demi kepentingan ummah dan maksud yang telah dinyatakan di atas, penulisan ini telah mengupas konsep al-mutawalli(pengurus harta wakaf) dalam sistem pengurusan wakaf menurut syarak dan amalannya di Malaysia. Penulisan yang berbentuk konseptual dari aspek perundangan ini menggarapkan tiga objektif utama iaitu memberi kefahaman umum kepada pembaca tentang konsep pengurus harta wakaf (almutawalli), menjelaskan amalan pengurusan harta wakaf semasa dan akhirnya menilai sistem pengurusan harta wakaf di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. Justeru ia menghuraikan beberapa ceraian tajuk yang relevan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan tanah wakaf menurut Islam, status dan bidangkuasa almutawalli, perlantikan al-mutawalli, tanggungjawab al-mutawalli, pemecatan al-mutawalli, upah dan ganjaran almutawalli, sejarah awal pengurusan wakaf i Malaysia dan akhirnya kupasan terhadap pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Malaysia. Sememangnya saling jalinan tajuk-tajuk kecil di ruangan yang terhad ini mencetuskan dan memerlukan kesinambungan lanjutan kajian yang lebih kritis mengenai pengurus dan pengurusan harta wakaf di Malaysia.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Ismail, Che ZuinaUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-10
Item ID: 33345
Uncontrolled Keywords: Al-Mutawalli; Pengurusan; Harta Wakaf; Perundangan Islam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33345

Download

[img] Text
33345.pdf
Restricted to Registered users only

Download (300kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year