Kebimbangan dan kemerosotan prestasi di kalangan atlet lelaki di peringkat universiti / Ani Mazlina Dewi Mohamed...[et al.]

Mohamed, Ani Mazlina Dewi and Zairazi, Ruzli (2007) Kebimbangan dan kemerosotan prestasi di kalangan atlet lelaki di peringkat universiti / Ani Mazlina Dewi Mohamed...[et al.]. Asian Journal of University Education, 3 (2). pp. 37-56. ISSN 1823-7797

[img] Text
AJ_ANI MAZLINA DEWI MOHAMED AJUE 07.pdf

Download (312kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut perkaitan antara kebimbangan dan prestasi sepertimana yang telah dijelaskan dalam Teori Kebimbangan ‘Multidimensional’. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempengaruhi prestasi atlet-atlet lelaki universiti. Adalah dijangka bahawa kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempunyai hubungan dengan prestasi. Seramai 125 atlet lelaki daripada salah sebuah universiti yang terlibat dalam kejohanan sukan antara Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun terlibat dalam kajian ini. Data-data daripada responden dikutip menggunakan alat ukur ‘Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens, Vealey, Bump dan Smith’s (1990). Responden dikehendaki melengkapkan borang soal selidik 30 minit sebelum pertandingan bermula. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi. Manakala kebimbangan somatik tidak mempengaruhi prestasi. Melalui Ujian ANOVA, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan universiti yang mengambil bahagian dalam sukan Majlis Sukan Universiti Swasta Malaysia.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Mohamed, Ani Mazlina DewiUNSPECIFIED
Zairazi, RuzliUNSPECIFIED
Divisions: Faculty of Education > Asian Centre for Research on University Learning and Teaching (ACRULeT)
Journal or Publication Title: Asian Journal of University Education
ISSN: 1823-7797
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 37-56
Item ID: 332
Uncontrolled Keywords: sports' performance, male athletes, private universities
Last Modified: 08 Mar 2019 06:48
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/332

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year