Pelaksanaan wakaf di universiti awam: Cabaran dan cadangan penambahbaikan / Rohayati Hussin and Rusnadewi Abdul Rashid

Hussin, Rohayati and Abdul Rashid, Rusnadewi Pelaksanaan wakaf di universiti awam: Cabaran dan cadangan penambahbaikan / Rohayati Hussin and Rusnadewi Abdul Rashid. Voice of Academia : Academic Series of Universiti Teknologi MARA Kedah, 13 (2). pp. 23-34. ISSN 1985-5079

Abstract

Kebergantungan kepada dana kerajaan bukan lagi satu kelebihan kepada Universiti Awam untuk kesinambungan. Ini kerana Universiti Awam disaran mencari alternatif lain untuk mengurangkan kerbantungan kepada dana kerajaan. Wakaf pada masa kini dilihat mempunyai potensi yang besar sebagai salah satu alternatif untuk menampung kekurangan dana di Universiti Awam. Bertepatan dengan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyarankan supaya Universiti Awam menubuhkan Tabung Wakaf pada penghujung 2016 untuk mendepani cabaran kekurangan dana pada tahun yang mendatang. Pelbagai reaksi timbul terhadap saranan itu namun, ia perlu dilihat kepada konteks yang lebih luas. Sehingga kini beberapa Universiti Awam telah menyahut saranan tersebut dengan menubuhkan Tabung Wakaf. Namun begitu, wujud beberapa persoalan sejauh mana ia mampu dilaksanakan di samping beberapa cabaran yang timbul. Oleh itu, artikel ini akan mengupas mengenai beberapa isu dan cabaran yang timbul berkaitan pelaksanaan wakaf di Universiti Awam serta cadangan penambaikan ke arah kelestarian wakaf di Universiti Awam. Berteraskan kepada kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah analisa kandungan (content analysis), artikel ini diharap dapat membuka mata pelbagai pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan pelaksanaan wakaf di Universiti Awam. Pengalaman beberapa universiti di luar negara dalam menerajui dana wakaf perlu dipelajari demi kelangsungan wakaf di universiti di Malaysia

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Hussin, RohayatiUNSPECIFIED
Abdul Rashid, Rusnadewirusnadewi@perlis.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: Voice of Academia : Academic Series of Universiti Teknologi MARA Kedah
Journal: UiTM Journal > Voice of Academia
ISSN: 1985-5079
Volume: 13
Number: 2
Page Range: pp. 23-34
Official URL: https://voa.uitm.edu.my/v1/voa-issue/2018-volume-1...
Item ID: 32565
Uncontrolled Keywords: Buku Ungu; Dana; Tabung Wakaf; Universiti Awam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32565

Download

[img] Text
AJ_ROHAYATI HUSSIN VOA K 18.pdf

Download (1MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year