Pemetaan morfologi bandar Melayu awal di semenanjung tanah Melayu / Prof. Madya Dr. Siti Norlizaiha Harun and Rusamah Abdul Jalil

Harun, Siti Norlizaiha (Prof. Madya Dr.) and Abdul Jalil, Rusamah (2013) Pemetaan morfologi bandar Melayu awal di semenanjung tanah Melayu / Prof. Madya Dr. Siti Norlizaiha Harun and Rusamah Abdul Jalil. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Morfologi bandar bermaksud kajian sejarah dan perkembangan sesebuah bandar yang boleh dilihat melalui bentuk-bentuk fizikal seperti bangunan dan jalanraya. Analisis morfologi cuba menyepadukan antara sejarah dan elemen fizikal yang boleh diukur melalui usia binaan dan bagaimana proses ini berkembang pula dilihat melalui bentuk, prinsip dan corak perancangan bandar pada ketika itu. Dalam konteks geografi, kesamaan dan keseragaman ciri morfologi mungkin wujud pada bandar-bandar di Semenanjung Tanah Melayu kerana peristiwa sejarah yang sama berlaku pada era yang sama. Apakah dan dimanakah bandar Melayu Awal? Di kerangka masa dan susur galur manakah ia wujud dan tumbuh? Kenapa bandar ini perlu dimartabat sebagai bandar warisan negara? Sebenarnya bandar Melayu Awal merupakan bandar lama ibu negeri Tanah Melayu seperti Alor Star, Kota Baharu, Kuala Trengganu, Pekan, Johor Lama, Kuala Selangor dan Kuala Kangsar. Kini bandar-bandar ini lebih dikenali sebagai Bandar DiRaja. Walaupun sememangnnya telah dikenali bandar ini sebagai bandar bersejarah namun terdapat kekeliruan atau kefahaman perspektif individu bahawa bandar ini juga bandar warisan yang sama seperti bandar Kolonial Inggeris seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping. Walhal bandar Melayu Awal mempunyai persejarahan yang lebih lama, mendalam dan melibatkan juga inovatif yang dibina oleh tukang-tukang Melayu termasuklah kebijaksanaan Raja-raja Melayu membina kota dan bandar. Kajian pemetaan morfologi bandar Melayu Awal di Semenanjung Malaysia ini bertujuan untuk mendokumentasi sejarah, mengklasifikasikan karektor dan ciri-ciri perancangan bandar-bandar awal di Semenanjung Malaysia dan akhirnya memetakan semula dalam teknik yang lebih terkini menggunakan Sistem Maklumat Geografi. Penyelidikan ini memberi sumbangan yang amat penting bukan sahaja dari segi dokumentasi sejarah malahan pengekalan bandar lama dari aspek digital dapat dibuat dan memenuhi tren teknologi semasa.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Harun, Siti Norlizaiha (Prof. Madya Dr.)
UNSPECIFIED
Abdul Jalil, Rusamah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Contributor
Mohammad, Zainab (Prof Ir Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > History of geography
N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Study and teaching. Research
N Fine Arts > NA Architecture > Architecture, Colonial
N Fine Arts > NA Architecture > City planning. Regional planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: pemetaan, morfologi, bandar
Date: May 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32267
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 32267.pdf] Text
32267.pdf

Download (3MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

32267

Indexing

Statistic

Statistic details