Masalah kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka di Malaysia

Abdul Rashid, Rusnadewi and Yaakub, Noor Inayah (2010) Masalah kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka di Malaysia. Jurnal Intelek, 5 (2). ISSN 2231-7716

Abstract

Kelewatan serta kegagalan permohonan bagi menyelesaikan pembahagian harta pusaka bukanlah satu fenomena terpencil dalam masyarakat kita. Faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah berikutan daripada sikap pewaris serta proses pentadbiran harta pusaka di negara ini. Risiko kepada kegagalan penyelesaian harta pusaka yang dikemukakan ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai implikasi buruk dari sudut undang-undang, ekonomi, agama dan sosial. Meneliti beberapa kesan negatif yang bakal dihadapi natijah daripada kegagalan dan kelewatan pembahagian harta pusaka selepas kematian, adalah perlu kepada masyarakat untuk mengatur perancangan awal bagi menguruskan harta. Walau bagaimanapun, hasil penelitian menunjukkan masyarakat di negara ini kurang mempunyai kecenderungan untuk membuat perancangan pengagihan harta secara teliti terutamanya dalam membuat perancangan awal. Kesan daripada itu, mereka telah bergantung sepenuhnya kepada sistem pewarisan harta selepas kematian iaitu pembahagian secara farāid. Oleh yang demikian, persepsi masyarakat yang berpandangan bahawa perancangan awal pengagihan harta tidak diperlukan sama sekali memandangkan harta boleh diagihkan melalui sistem farāid sewajarnya dikikis. Sebaliknya, perancangan pengagihan harta semasa hidup seperti pemberian melalui hibah dan wasiat perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan masalah tersebut kerana ia jelas merugikan masyarakat Islam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rashid, Rusnadewi
rusnadewi@perlis.uitm.edu.my
Yaakub, Noor Inayah
E-mail: nooryaakub@yahoo.co.uk
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Income. Factor shares > Property. General works
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Relation to philosophy, religion, ethics
H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2231-7716
Volume: 5
Number: 2
Keywords: farāid, pusaka, hibah, pengagihan harta
Date: December 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32037
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 32037.pdf] Text
32037.pdf

Download (167kB)

ID Number

32037

Indexing

Statistic

Statistic details