Abstract
Wakaf berperanan penting dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam.
Masalah kekurangan dana dan sumber kewangan menyebabkan harta wakaf di
Malaysia tidak dapat dibangunkan. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya
pengabaian terhadap aset negara yang berpotensi menyumbang kepada
pembangunan sosioekonomi ummah. Kini telah wujud pelbagai kaedah
mendapatkan dana membangunkan harta wakaf, salah satu daripadanya ialah
melalui instrumen wakaf tunai. Namun begitu, golongan ulama mempunyai
pandangan yang berbeza mengenai keharusan wakaf tunai kerana secara
semulajadinya wang akan habis apabila digunakan dan amat bertentangan
dengan syarat mengekalkan harta wakaf bagi manfaat ummah. Walau
bagaimanapun, di Malaysia pelaksanaanya telah diharuskan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan. Justeru kajian ini ingin mengenalpasti instrumen wakaf tunai yang
di laksanakan di Malaysia dan kesan pelaksanaannya terhadap sosioekonomi
ummah. Data yang diperoleh dari sumber kepustakaan ini dianalisis menggunakan
kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati instrumen wakaf tunai yang
diamalkan di Malaysia terdiri daripada Saham Wakaf, Wakaf Saham, Wakaf Kaki,
Wakaf Wang Tunai dan sebagainya. Kajian juga mendapati wakaf tunai berjaya
menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi ummah dan dimanfaatkan untuk
tujuan pendidikan, kesihatan, kerohanian dan ekonomi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Hassan, Surita Hartini hartinihassan79@yahoo.com Nasir Ayub, Dr. Mohd mnasir251@kedah.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 11 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 22-40 |
Keywords: | Wakaf Tunai; Instrumen; Pembangunan Sosioekonomi; Malaysia |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31370 |
Download
AJ_SURITA HARTINI MAT HASSAN VOA K 16.pdf
Download (932kB)