Tumbuhan selasih dalam al-Quran dan Hadith: analisis terhadap manfaatnya berasaskan kepada penyelidikan semasa / Khadher Ahmad … [et al.]

Ahmad, Khadher and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli and Awang, Khalijah and Othman, Rozana and Abd Razzak, Monika @ Munirah and Fauzi, Nurulwahidah and Yakob, Mohd Asmadi and Md Ariffin, Mohd Farhan (2018) Tumbuhan selasih dalam al-Quran dan Hadith: analisis terhadap manfaatnya berasaskan kepada penyelidikan semasa / Khadher Ahmad … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 4 (1). pp. 106-125. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Selasih (nama saintifik; Ocimum basilicum Linn.) merupakan khazanah alam semulajadi yang istimewa. Penyebutan tentangnya yang dirakamkan dalam alQuran dan al-Hadith telah menyerlahkan sisi istimewanya. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari akan fakta ini. Malah, selasih dianggap tumbuhan yang kurang berharga kerana tidak bernilai komersial. Populariti selasih yang kurang berbanding delima, anggur dan kurma menjadikannya dipandang sepi. Kedangkalan manusia untuk mengenal, mengkaji dan memahami manfaat selasih menjadikannya tidak dikenali, kurang dikaji, tidak diyakini dan jarang digunakan. Oleh itu, kajian ini akan menonjolkan kelebihan dan manfaat yang boleh didapati daripada selasih. Kajian ini menggunapakai keutamaan perincian saintifik dalam menyenarai secara fakta manfaat-manfaat selasih. Dalil daripada al-Quran dan al-Hadith akan menjadi asas bagi menyatakan signifikan selasih daripada perspektif Islam. Kajian ini turut menggunapakai metodologi bibliometrik terhadap selasih. Ini penting bagi memperoleh data yang berautoriti. Hasilnya, didapati majoriti penyelidikan lepas mengenai selasih didominasi oleh artikel jurnal (65.7%) dan disertasi sarjana (13.1%). Kajian lepas berkenaan selasih kebanyakannya berkisar tentang perincian saintifik yang meliputi bidang Farmakologi, Bio-Teknologi, Food Science, Parasitologi and Pesticide, Sains Botani, Bio-Perubatan, Bio-Kimia dan Mikrobiologi. Hasil analisis kandungan turut menemui bahawa daun, minyak, biji dan keseluruhan bahagian pokok bahkan ekstrak daripada pokok selasih mempunyai pelbagai manfaat dari sudut kesihatan misalnya antioksida, antibakteria, antimikrob dan penghindar makhluk perosak. Melihatkan potensi sedia ada, lanjutan penyelidikan terhadap selasih penting bagi manfaat Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Khadher
khadher82@um.edu.my
Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli
UNSPECIFIED
Awang, Khalijah
UNSPECIFIED
Othman, Rozana
UNSPECIFIED
Abd Razzak, Monika @ Munirah
UNSPECIFIED
Fauzi, Nurulwahidah
UNSPECIFIED
Yakob, Mohd Asmadi
UNSPECIFIED
Md Ariffin, Mohd Farhan
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Theology (Kalam) > Man > Health and sickness. Islam and medicine
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: 0128-0902
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 106-125
Keywords: Selasih, Nas, Manfaat, Corak penyelidikan, Potensi
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30409
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30409.pdf] Text
30409.pdf

Download (628kB)

ID Number

30409

Indexing

Statistic

Statistic details