Pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani / Hadenan Towpek

Towpek, Hadenan (2018) Pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani / Hadenan Towpek. Journal of Contempory Islamic Studies, 4 (1). pp. 48-66. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Kajian ini adalah mengenai pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab Furu’ al-Masa’il dan relevansinya dengan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini mempunyai lima objektif, iaitu menerangkan biografi pengarang; mengenalpasi konsep pemikiran ekonomi Islam dan potensi ulama Melayu sebagai pemikir ekonomi; merumuskan perbincangan mengenai kontrak muamalat dalam kitab Furu’ al-Masa’il; mengenalpasti amalan kontrak muamalat dalam perbankan Islam di Malaysia; dan menganalisis relevansi kontrak muamalat Syeikh Daud al-Fatani dengan amalan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini menghasilkan lima dapatan. Pertama, kehebatan dan keistimewaan tokoh ini bersumberkan aspek rihlah ‘ilmiyyah dan aspek kepengarangan. Kedua, bidang pemikiran ekonomi Islam adalah berasaskan landasan ijtihad, dan kemantapan idea dan kebijaksanaan sarjana. Ketiga, kemantapan kitab Furu’ al-Masa’il pada bab muamalat. Keempat, asas kekuatan muamalat perbankan Islam di Malaysia adalah dari aspek penubuhan institusi perbankan Islam itu sendiri, dan doktrin menolak riba serta mengembang akad muamalat. Kelima, analisis relevansi akad muamalat Syeikh Daud al- Fatani dengan amalan akad muamalat perbankan Islam Malaysia dapat dirumuskan kepada aspek kefahaman dan definisi, dan aspek aplikasi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Towpek, Hadenanhadenan74@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
Journal: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies
ISSN: 0128-0902
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 48-66
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my
Item ID: 30406
Uncontrolled Keywords: Syeikh Daud al-Fatani, Pemikiran ekonomi Islam, Furu’ al-Masa’il, Kontrak perbankan Islam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30406

Download

[img] Text
30406.pdf

Download (302kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year