Penilaian tahap reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dan hubungannya dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran / Shamsulariffin Samsudin, Borhanuddin Abdullah dan Chee Chen Soon

Samsudin, Shamsulariffin and Abdullah, Borhanuddin and Chee, Chen Soon (2018) Penilaian tahap reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dan hubungannya dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran / Shamsulariffin Samsudin, Borhanuddin Abdullah dan Chee Chen Soon. Malaysian Journal of Sport Science and Recreation, 14 (1). pp. 24-40. ISSN 1823-3198

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran diperoleh selepas program. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan perbezaan terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran pelajar sebelum dan selepas program. Reka bentuk kajian adalah berbentuk korelasi yang melibatkan 182 responden (L=96, P=86) yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR). Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick 1994, sebagai model penilaian dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan menggunakan format likert-scale. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis diskriptif, ujian-t berpasangan dan korelasi bagi menghuraikan dapatan kajian. Melalui analisis diskriptif menunjukkan tahap reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar yang dijalankan adalah pada tahap yang tinggi (M=4.00, SP=0.34). Bagi penganalisaan pengetahuan, sikap dan kemahiran sebelum dan selepas program menunjukkan peningkatan selepas program; pengetahuan min 3.67 (SP=0.41) sebelum program dan min 4.05 (SP=0.34) selepas program; sikap min 3.66 (SP=0.27) sebelum program dan min 4.06 (SP=0.28) selepas program; kemahiran min 3.78 (SP=0.22) sebelum program dan min 4.03 (SP=0.28) selepas program. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan (t = -9.94, p = 0.00), sikap (t = -12.9, p = 0.00) dan kemahiran (t = -9.12, p = 0.00) sebelum dan selepas program dijalankan. Manakala terdapat hubungan signifikan di antara reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dengan pengetahuan (r=0.20, p=0.00), sikap (r=0.21, p=0.00) dan kemahiran (r=0.20, p=0.02). Perancangan dan penyusunan terhadap keseluruhan program adalah dapat memenuhi kehendak pelajar. Pelajar juga cenderung untuk mempelajari dan berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran selepas program. Peningkatan terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran adalah sangat berkait dengan keberkesanan perancangan dan pengolahan sesuatu program.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Samsudin, Shamsulariffinshamariffin@upm.edu.my
Abdullah, BorhanuddinUNSPECIFIED
Chee, Chen SoonUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students > Moral, religious, and physical life of students. Student conduct and behavior
L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students > Student cooperatives
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Sports Science and Recreation
Journal or Publication Title: Malaysian Journal of Sport Science and Recreation
Journal: UiTM Journal > Malaysian Journal of Sport Science and Recreation
ISSN: 1823-3198
Volume: 14
Number: 1
Page Range: pp. 24-40
Official URL: https://mjssr.com/journal
Item ID: 30296
Uncontrolled Keywords: Pendidikan luar, Penilaian reaksi, Penilaian pembelajaran
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30296

Download

[img] Text
30296.pdf

Download (269kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year