Persepsi pengguna media sosial terhadap individu berpengaruh dalam mempromosikan produk di instagram / Alin Bazilah Hassim, Nur Atikah A Rahman and Jamilah Ahmad.

Hassim, Alin Bazilah and A Rahman, Nur Atikah and Ahmad, Jamilah (2019) Persepsi pengguna media sosial terhadap individu berpengaruh dalam mempromosikan produk di instagram / Alin Bazilah Hassim, Nur Atikah A Rahman and Jamilah Ahmad. Forum Komunikasi, 14 (1). pp. 70-91. ISSN 0128-2379

Abstract

Kebelakangan ini, pemasar menggunakan pelbagai kaedah komunikasi dalam mempromosikan produk, salah satunya adalah dengan menggunakan individu berpengaruh di media sosial. Namun, walaupun makin ramai golongan muda sukakan pandangan individu berpengaruh untuk mendapatkan maklumat, analisis kajian lepas mendapati kajian yang membincangkan persepsi masyarakat terhadap individu berpengaruh di media sosial dalam mempromosikan produk masih kurang. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai pandangan pengguna digital terhadap individu berpengaruh dan mengetahui elemen-elemen yang mendorong kepercayaan golongan ini untuk membeli produk. Kajian ini menggunakan Elaboration Likehood Model (ELM) untuk menerangkan bagaimana sikap boleh dibentuk dan diubah dengan cara yang berbeza melalui rangsangan yang diterima oleh individu, serta bagaimana rangsangan diproses, digunakan dan dijana oleh minda supaya perubahan sikap berlaku. Kaedah kualitatif digunakan melalui analisis kandungan komen-komen yang tertera di setiap gambar dan video yang telah diletakkan oleh individu berpengaruh, Vivy Yusof, di media sosial. Hasil dapatan mendapati pengikut mempunyai pandangan yang positif terhadap Vivy Yusof yang membuatkan pengikut mudah terpengaruh dengannya. Mesej yang disampaikan oleh Vivy melalui uga mengukuhkan lagi kepercayaan pengikut untuk membeli produk dUCK Cosmetics sehingga tingkah laku pengikutnya berubah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Hassim, Alin Bazilahalinbazilah@gmail.com
A Rahman, Nur AtikahUNSPECIFIED
Ahmad, JamilahUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Computer network resources.Including the Internet
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Journalists
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi
Journal: UiTM Journal > Forum Komunikasi
ISSN: 0128-2379
Volume: 14
Number: 1
Page Range: pp. 70-91
Item ID: 30212
Uncontrolled Keywords: Individu Berpengaruh, Media Sosial, Elaboration Likehood Model (ELM), Kualitatif, Analisis Kandungan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30212

Download

[img] Text
30212.pdf

Download (656kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year