Pelaporan berita pencemaran bauksit dalam akhbar dalam talian di Malaysia / Siti Nur Ain Mustafa and Mohamad Saifudin Mohamad Saleh.

Mustafa, Siti Nur Ain and Mohamad Saleh, Mohamad Saifudin (2018) Pelaporan berita pencemaran bauksit dalam akhbar dalam talian di Malaysia / Siti Nur Ain Mustafa and Mohamad Saifudin Mohamad Saleh. Forum Komunikasi (FK), 13 (1). pp. 57-78. ISSN 0128-2379

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai masalah alam sekitar yang berlaku kesan daripada proses pembangunan dalam kerangka pemodenan negara yang kurang seimbang. Pada tahun 2015, Malaysia telah digemparkan dengan satu lagi masalah alam sekitar yang serius iaitu pencemaran bauksit yang menyebabkan masalah pencemaran air, udara dan bunyi sehingga menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan penduduk di Kuantan, Pahang. Pencemaran itu telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuklah media massa tempatan yang memberikan pelaporan menyeluruh, termasuklah dengan nada kritikan yang menunjukkan kesan pencemaran bauksit terhadap penduduk setempat. Walau bagaimanapun, analisis terhadap sorotan kajian lalu mendapati kurangnya kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas dalam menilai pelaporan isu bauksit ini dalam media. Bagi mengisi kelompongan itu, kajian ini dijalankan dengan menganalisis kandungan pelaporan berita bauksit dalam dua akhbar arus perdana dalam talian iaitu Utusan Malaysia dan The Star untuk mengenal pasti jumlah, genre, sumber, imej dan pembingkaian pelaporan berita bauksit. Hasil kajian mendapati kedua-dua akhbar dalam talian itu telah memberikan pelaporan yang tinggi terhadap isu bauksit dan kebanyakannya ditulis dalam genre berita kejadian dengan menggunakan bingkai tanggungjawab, memetik sumber daripada kalangan pemimpin dan memaparkan imej tempat kejadian iaitu kawasan perlombongan bauksit.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafa, Siti Nur Ain
UNSPECIFIED
Mohamad Saleh, Mohamad Saifudin
saifudinsaleh@usm.my
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Mass media and peace
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi (FK)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK)
ISSN: 0128-2379
Volume: 13
Number: 1
Page Range: pp. 57-78
Keywords: Pencemaran Bauksit, Analisis Kandungan, Akhbar Dalam Talian
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30195
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30195.pdf] Text
30195.pdf

Download (408kB)

ID Number

30195

Indexing

Statistic

Statistic details