Program Tunas Mekar: tinjauan di negeri Pulau Pinang / Rosley Jaafar

Jaafar, Rosley (2017) Program Tunas Mekar: tinjauan di negeri Pulau Pinang / Rosley Jaafar. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 1. pp. 39-49. ISSN 2600-7274

Abstract

Tunas Mekar adalah satu program latihan keusahawanan yang unik untuk graduan bumiputera dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dan boleh dianggap sebagai program melahirkan usahawan siswazah yang paling berjaya di Malaysia. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membuat analisa serta ulasan pelaksanaan dan pencapaian Program Tunas Mekar di negeri Pulau Pinang yang mana ia melibatkan institusi pengajian tinggi, pengusaha (usahawan) perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agensi kerajaan. Analisa diskriptif ini adalah untuk menilai akan objektif, pelaksanaan, faedah, kepentingan dan pencapaian program ini dijalankan sejak tahun 2005 hingga 2015. Analisa ini menunjukkan 73.4% daripada graduan yang menyertai program ini telah menjadi usahawan dan memulakan perniagaan di negeri Pulau Pinang. Dapatan analisa ini juga menunjukkan bahawa bidang keusahawanan sudah boleh diterima sebagai kerjaya pilihan graduan IPTA dan IPTS tanpa mengira jantina dan peringkat kelulusan tetapi di dominasikan oleh graduan UiTM. Ini menggambarkan bahawa dasar, kurikulum serta program pembudayaan keusahawanan yang di laksanakan di institusi pengajian tinggi Malaysia menunjukkan kejayaan.

Download

[img] Text
29805.pdf

Download (177kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year