Proses identifikasi jenis bakteria dengan menggunakan aplikasi BactFinder© (bacterial identification process using BactFinder© mobile application) / Nadiawati Alias … [et al.]

Alias, Nadiawati and Mahmod, Nor Hasima and Badaluddin, Noor Afiza and Ridzuan, Mohammad Khairul Asyraf (2019) Proses identifikasi jenis bakteria dengan menggunakan aplikasi BactFinder© (bacterial identification process using BactFinder© mobile application) / Nadiawati Alias … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (2). pp. 1-18. ISSN 2600-7606

Abstract

BactFinder© merupakan aplikasi interaktif dan mudah alih yang dibina untuk memudahkan identifikasi dan pengenalpastian jenis bakteria yang ingin dikaji. Seperti yang diketahui umum, bakteria terdiri daripada domain mikroorganisma prokariotik yang besar dan pelbagai jenis, justeru itu pengenalpastian kumpulan bakteria ini memerlukan satu proses identifikasi yang sistematik dan teratur. Melalui aplikasi mudah alih ini, maklumat hasil daripada uji kaji biokimia dan ujian morfologi yang diperoleh daripada uji kaji di makmal perlu dimasukkan ke dalam aplikasi ini sebelum pengenalpastian bakteria boleh dilakukan. Sebelum ini, kaedah untuk pengenalpastian jenis bakteria memerlukan ahli akademik serta para pelajar untuk merujuk kepada buku-buku rujukan, artikel-artikel serta jurnal saintifik yang berkaitan. Proses ini sudah tentu memakan masa yang agak panjang dan kurang efektif. Aplikasi mudah alih ini dilengkapkan dengan pangkalan data bagi 19 jenis ujian biokimia termasuk bakteria morfologi. Pangkalan data ini dibina merujuk kepada Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology, Bergey’s Manual of Determinative Bacteriology dan juga jurnal-jurnal saintifik yang berkaitan. Aplikasi mudah alih BactFinder© ini terbukti dapat memberikan respon yang cepat (±2 saat) dan tepat dalam membantu para pelajar dan ahli akademik dalam proses pengenalpastian bakteria yang sedang dikaji di makmal. Aplikasi ini juga amat sesuai digunakan oleh pelajar prasiswazah, pascasiswazah dan ahli akademik dalam bidang mikrobiologi, bioteknologi dan sains secara umumnya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Alias, Nadiawatinadiawati@unisza.edu.my
Mahmod, Nor HasimaUNSPECIFIED
Badaluddin, Noor AfizaUNSPECIFIED
Ridzuan, Mohammad Khairul AsyrafUNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic computers. Computer science > Mobile computing
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic computers. Computer science > Mobile computing

Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic computers. Computer science > Operating systems (Computers) > Android
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic computers. Computer science > Operating systems (Computers) > Android
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
Journal: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia
ISSN: 2600-7606
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 1-18
Item ID: 29755
Uncontrolled Keywords: BactFinder©, Aplikasi mudah alih, android, Pengenalpastian jenis bakteria, Mikrobiologi
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29755

Download

[img] Text
29755.pdf

Download (1MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year