Abstract
Kertas kerja ini membincangkan keputusan pilihan raya umum Mac 2008 yang dilihat
agak berbeza dengan keputusan-keputusan pilihanraya sebelum ini. Dalam pilihan raya
ini barisan pembangkang (Pakatan Rakyat, iaitu PAS, PKR dan DAP) telah mendapat
sokongan yang kuat dengan mendapat 82 kerusi parlimen daripada 222 jumlah
keseluruhan. Pakatan rakyat juga berjaya dapat menguasai lima baah negeri, iaitu
Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain memenangi sebahagian
besar kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Adakah ini permulaan
kepada proses pembentukan sistem dua parti dalam politik Malaysia ? Apakah faktorfaktor seterusnya yang perlu dalam menuju kepada pembentukan sistem dua parti ? Apakah
halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam menuju kepada sistem dua parti yang
mantap dan menjamin kestabilan politik dan kemakmuran kumpulan dominan? Kertas
ini diharapkan akan menjadi satu perbincangan awal kepada proses pembentukan sistem
dua parti di Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yazid, Mohd Noor UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) J Political Science > JS Local government. Municipal government |
Event Title: | Prosiding Seminar Politik Malaysia |
Event Dates: | 29 Feb - 1 Mac 1992 |
Keywords: | Politik Malaysia |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2962 |