Penilaian tahap etika pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Pengurusan Pejabat (BM232) UiTM Pahang dan hubungkait pandangan sikap beretika di dalam perniagaan / Zuria Akmal Saad

Saad, Zuria Akmal (2019) Penilaian tahap etika pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Pengurusan Pejabat (BM232) UiTM Pahang dan hubungkait pandangan sikap beretika di dalam perniagaan / Zuria Akmal Saad. Gading Journal for the Social Sciences, 22. pp. 134-142. ISSN 2600-7568

Abstract

Isu mengenai perbuatan tidak beretika (rasuah, menipu, pecah amanah) di dalam dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang baru. Malaysia juga tidak terkecuali dengan isu-isu yang melibatkan pecah amanah, rasuah dan berbagai lagi kes penyelewengan yang sekaligus telah meletakkan skor CPI (Corruption Perceptions Index) Malaysia menurun dan menjadiakan negara ke tangga 62 berbanding 180 negara yang lain. Di Malaysia, kajian mengenai sikap beretika pelajar pengurusan perniagaan adalah masih di tahap kurang. Namun di luar negara, kajian mengenai sikap beretika ini telah banyak dikaji dan hasil kajian mendapati matapelajaran atau sub topik kepada pembelajaran beretika telah giat diperkenalkan di dalam sistem pembelajaran. Namum yang menjadi isu adalah pelajar berpandangan mereka adalah lebih beretika daripada mereka yang menyeleweng di dalam dunia perniagaan. Ini adalah tidak seimbang kerana pelajar merasakan menipu dalam aspek pembelajaran adalah biasa namum mereka yang menyeleweng dalam perniaggan adalah dianggap tidak beretika. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengukur keseimbangan diantara perlakuan beretika pelajar dan pandangan terhadap sikap beretika di dalam perniagaan. Seramai 85 orang pelajar dari Program BM232 telah menjawab soal selidik ini. Semua data yang diperolehi melalui instrumen dianalisa secara statistik deskriptif dan korelasi dengan menggunakan SPSS 22.0 Kebolehpercayaan instrumen soal selidik ini telah diuji dan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah melebihi 0.7. Nilai skor min menunjukkan kesemua item melebihi 3.68 dimana tahap sikap beretika pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pejabat adalah ditahap sangat beretika. Manakala untuk pandangan pelajar terhadap sikap beretika di dalam perniagaan pula adalah bacaan mean 1.26 – 2.21 dimana menunjukkan pelajar jelas mengenai perbuatan tidak beretika di dalam perniagaan. Ujian Korelasi Pearson untuk hubungkait di antara Sikap Beretika Pelajar dan Pandangan terhadap Sikap Beretika di dalam Perniagaan pula menunjukkan kedua-dua variable ini mempunyai hubungan yang kuat iaitu >0.6. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati tahap penilaian sikap beretika pelajar adalah berada pada tahap sangat beretika dan seimbang dengan penilaian pandangan terhadap sikap tidak beretika di dalam perniagaan. Pelajar juga secara keseluruhannya menunjukkan mereka faham akan keperluan sikap beretika dan tahu membezakan sikap baik dan buruk. Keputusan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak yang berkenaan bagi membantu meningkatkan lagi konsep kefahaman dan amalan kepentingan sikap beretika.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saad, Zuria Akmal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology > Ethics
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Personnel management
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for the Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 22
Page Range: pp. 134-142
Keywords: Beretika, Pandangan, Pembelajaran, Perniagaan
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29448
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 29448.pdf] Text
29448.pdf

Download (380kB)

ID Number

29448

Indexing

Statistic

Statistic details