Perpustakaan Masjid di Negeri Kedah: satu tinjauan. / Azree Ahmad…[et al.]

Ahmad, Azree and Mohammed Ghazali, Asmadi and Hassan, Rosli and Mansor, Kamarul Ariffin (2005) Perpustakaan Masjid di Negeri Kedah: satu tinjauan. / Azree Ahmad…[et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Masjid dan perpustakaan sebenarnya merupakan gabungan harmonis dalam keilmuan masyarakat Islam kerana tidak mungkin sesuatu institusi ilmu itu dapat berkembang tanpa perpustakaan. Masjid seperti yang kita ketahui bukan sahaja merupakan tempat untuk beribadah, tetapi berfungsi juga untuk menjalankan pelbagai aktiviti penting seperti pendidikan di mana ilmu pengetahuan itu dikembangkan. Bangunan atau ruang perpustakaan masjid di Malaysia kebanyakannya dibina dalam lingkungan kawasan masjid dan jelas memperlihatkan kecenderungan menimba ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun kewujudan perpustakaan masjid ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Oleh itu satu tinjauan ke atas perpustakaan masjid telah dilakukan. Responden penyelidikan ini meliputi 530 buah masjid di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Penemuan penyelidikan mendapati koleksi perpustakaan masjid terdiri daripada bahan maklumat berkaitan dengan agama Islam. Pengurusan perpustakaan masjid pula adalah atas dasar sukarela dari kalangan ahli kariah. Kemudahan dan peralatan perpustakaan masjid adalah ditahap minima yang perlu ada di sesebuah perpustakaan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Ahmad, AzreeUNSPECIFIED
Mohammed Ghazali, AsmadiUNSPECIFIED
Hassan, RosliUNSPECIFIED
Mansor, Kamarul AriffinUNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Information organization
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Library buildings. Library architecture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Item ID: 28476
Uncontrolled Keywords: Masjid; Pengurusan Perpustakaan; Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28476

Download

[img] Text
LP_AZREE AHMAD RMI K 05_5.pdf

Download (138kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year