Kajian terhadap lirik dan melodi "Sayang Di Sayang" gubahan Zubir Said / Wan Mohd Syaril Annuar Wan Mohd Harith

Wan Mohd Harith, Wan Mohd Syaril Annuar (2008) Kajian terhadap lirik dan melodi "Sayang Di Sayang" gubahan Zubir Said / Wan Mohd Syaril Annuar Wan Mohd Harith. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tesis ini merupakan kajian tentang lirik dan melodi "Sayang di Sayang" yang digubah oleh Zubir Said pada tahun 1952. lagu ini juga turut diselitkan ke dalam sebuah filem melayu era 50-an iaitu filem Rachun Dunia. Untuk .menyiapkan tesis ini, penulis telah membahagikan setiap tajuk kepada beberapa bab. Segala maklumat dan keterangan ditentukan oleh penulis dan diletakkan mengikut susunan bab-bab yang telah dibahagikan. Penulis juga telah melampirkan soalan-soalan yang penulis ajukan semasa melakukan temuramah dengan pakar linguistik dan bahasa dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sagi melihat keseluruhan melodi Sayang di Sayang, transkripsi melodi dilampirkan pada bahagian lampiran beserta dengan liriknya. la bertujuan sebagai rujukan atau memperlihatkan keseluruhan bentuk melodi Sayang di Sayang. Kajian ini dilakukan adalah untuk memenuhi silibus pengajian penulis di Fakulti Muzik, UiTM. Selain daripada itu, pemilihan tajuk yang berkaitan muzik tradisional adalah untuk memperbanyakan lagi analisa-analisa terhadap genre muzik tradisional di Malaysia. Penulis mengaplikasikan teori-teori dari Sarat terhadap lagu ini untuk menganalisa melodi lagu Sayang di Sayang. Penulis juga berharap kajian sebegini akan lebih kerap dilakukan dimasa akan dating dengan mengambil kajian ini sebagai contoh

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Wan Mohd Harith, Wan Mohd Syaril AnnuarUNSPECIFIED
Subjects: M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Music theory
M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Analysis and appreciation of music
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music
Programme: Seni Muzik Komposisi
Item ID: 28172
Uncontrolled Keywords: Zubir Said, melodi "Sayang di Sayang",
Thesis Location (Fulltext): Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28172

Download

[img] Text
TD_WAN MOHD SYARIL ANNUAR WAN MOHD HARITH MU 08_5.pdf

Download (1MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year