Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don

Muhamad Don, Mohd. Ali (2017) Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Wakaf merupakan satu daripada instrumen terpenting yang menjadi pemangkin perkembangan Institusi Pendidikan Islam sejak dahulu lagi. Ini terbukti dengan penggunaan dana wakaf untuk pembinaan Masjid Quba’ yang turut berperanan sebagai institusi pendidikan awal. Ia terus berkembang sehingga tertubuhnya universiti wakaf terulung iaitu Universiti al-Azhar di Mesir. Sejak itu konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf turut dicontohi di lain-lain universiti di dunia Islam mahupun di Barat. Mutakhir ini, Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia turut mengamalkan konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf. Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan bajet yang diterima oleh pihak universiti dan wakaf dilihat mempunyai prospek yang baik bagi penambahan dana. Namun begitu pengurusan wakaf di Malaysia adalah terikat dengan peruntukan enakmen Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), di mana MAIN sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee) sehingga tiada pihak dibenarkan menguruskan wakaf tanpa kebenaran MAIN. Akibatnya terdapat universiti mengguna pakai istilah endowment bagi mengelak terikat dengan enakmen. Justeru kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf di beberapa buah universiti di Negeri Selangor. Seterusnya kajian membuat analisa terhadap isu-isu yang berbangkit dari aspek pengurusan dan perundangan wakaf universiti. Akhimya kajian mencadangkan model pengurusan wakaf universiti yang mematuhi kerangka perundangan wakaf di Negeri Selangor. Bagi mencapai objektif tersebut kajian memilih reka bentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen untuk membentuk landasan teoretikal dan temu bual separa struktur untuk mendapatkan data berkaitan pengurusan dan perundangan wakaf di universiti. Data-data temu bual dianalisis menggunakan Computer-Assisted Qualitative Data Analysis Sofware (CAQDAS), iaitu perisian Atlas.ti versi 7.5.10. Hasil kajian mendapati UIAM, UKM dan UPM telah beijaya memperkenalkan skim wakaf untuk pendidikan tinggi sama ada melalui kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahupun menguruskan wakaf secara berkecuali. Kajian juga telah menemui beberapa permasalahan yang telah merencatkan perkembangan wakaf di universiti. Sebagai langkah mengatasinya, kajian telah mengemukakan teori alwilayah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Don, Mohd. Ali
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Universiti, Enakmen, Wakaf
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27844
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 27844.pdf] Text
27844.pdf

Download (151kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

27844

Indexing

Statistic

Statistic details