Penggunaan kaedah geometri dalam pembentukan seni zukhruf / Ainun Jariah Yaacob and Ahmad Rajaei Awang

Yaacob, Ainun Jariah and Awang, Ahmad Rajaei (2010) Penggunaan kaedah geometri dalam pembentukan seni zukhruf / Ainun Jariah Yaacob and Ahmad Rajaei Awang. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini adalah satu penerokaan ke atas kaedah geometri dalam pembentukan Seni Zukhruf (seni hias). Di dalam kajian ini, geometri digunakan sebagai struktur dalam membina rekaan zukhruf. Proses-proses pembentukan struktur geometri bagi membina zukhruf dijadikan kaedah dan aturan dalam merekabentuk. Kajian ini merupakan kerja seni teknikal yang menggunakan perisian AutoCAD bagi memastikan ketepatan pembentukan struktur geometri. Permasalahan kajian ini ialah membuat perbandingan kaedah pembentukan zukhruf Juzu' 20 Al-Qur'an Mushaf Malaysia dengan kaedah pembentukan geometri zukhruf melalui aplikasi teori pembentukan geometri iaitu teori "Perulangan Unit Segi Empat Sama dan Sistem Nisbah Kuasa Dua". Penyelidikan ini menggunakan kaedah data primer dan kaedah data sekunder. Data yang diperolehi daripada lakaran zukhruf (Juzu' 20) dianalisa dengan membahagikan sempadan bulatan kepada 45° dan 22.5° serta menggunakan jejari titik pusat bulatan untuk membina corak grid dan unit perulangan. Kaedah pembentukan yang digunakan di dalam membina setiap bahagian zukhruf, dikaji dan diproses ke dalam bentuk digital melalui aplikasi AutoCAD. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah pembentukan geometri merupakan kaedah yang tepat untuk merekabentuk zukhruf. Pengiraan geometri yang terhasil menyumbang kepada prinsip keseimbangan yang menjadi perkiraan asas kepada sesuatu pembinaan. Seni Zukhruf terbina dengan berpandukan teknik pembentukan geometri sebagai struktur pembinaannya. Sumbangan daripada kajian yang dijalankan ialah menggariskan panduan dan modul dalam proses merekabentuk zukhruf dengan menggunakan kaedah pembentukan geometri dan teknologi perisian sebagai mekanisma.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaacob, Ainun Jariah
UNSPECIFIED
Awang, Ahmad Rajaei
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: geometri, pembentukan, seni Zukhuf
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27094
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_AINUN JARIAH YAACOB RMI 10_5.pdf] Text
LP_AINUN JARIAH YAACOB RMI 10_5.pdf

Download (4MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

27094

Indexing

Statistic

Statistic details