Sistem pembuangan dan pelupusan buangan-buangan terjadual kajian kes : Bangunan pusat penyelenggaraan enjin kapal terbang / Suhaila Hamzah

Hamzah, Suhaila (2000) Sistem pembuangan dan pelupusan buangan-buangan terjadual kajian kes : Bangunan pusat penyelenggaraan enjin kapal terbang / Suhaila Hamzah. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Dengan wujudnya kemajuan sains dan teknologi serta pembangunan industri yang meningkat .sedikit sebanyak mempengaruhi alam sekitar yang mengakibatkan pencemaran berlaku . Salah satu faktor pencemaran ini berlaku adalah daripada buangan-buangan terjadual yang tidak dikawal dengan sepenuhnya oleh pengeluar-pengeluar industri. Akibat daripada pencemaran ini , keseimbangan alam sekitar tidak dapat mengekalkan jenis dan bilangan benda hidup dalam ekosistem dan juga kandungan gas oksigen serta karbon dioksida dalam atmosfera. Secara ringkas dissertasi ini akan mengkaji sistem pembuangan dan pelupusan yang selamat dan teratur yang mana sepatutnya diikuti oleh semua pengeluar industri. Dari itu, penulis memilih salah sebuah pengeluar industri berat yang mengeluarkan buangan terjadual. Dalam kajian ini, kita dapat mengetahui bagaimana pengeluar industri tersebut melaksanakan buangan terjadual samada ia mengikut prosedur yang ditetapkan ataupun mengabaikannya . Selain daripada itu, dissertasi ini juga mengkaji peraturan-peraturan yang dikenakan bagi setiap pengeluar buangan terjadual serta mengkaji kesan alam sekitar jika pengeluar-pengeluar buangan ini gagal memenuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Di akhir dissertasi ini, penulis akan membuat rumusan serta cadangan yang terbaik dari aspek pengurusan pembuangan dan pelupusan buangan-buangan terjadual ini yang sepatutnya diaplikasikan oleh pihak pengeluar industri.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Hamzah, SuhailaUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Building inspection
T Technology > TH Building construction > Building failures, errors, defects, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26782
Uncontrolled Keywords: Sistem pembuangan, pusat penyelenggaraan, enjin kapal terbang
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26782

Download

[img] Text
TD_SUHAILA HAMZAH AP 00_5.pdf

Download (397kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

ID Number

26782

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year