Hukum meninggalkan solat fardu antara kufur dan fasiq: analisis dalil berdasarkan mazhab empat / Hasna Bidin…[et.al]

Bidin, Hasna and Omar, Mohd Nor Firdaus and Khalid @ Abu Samah, Mohd Nazari and Rashidi, Kamaludin (2019) Hukum meninggalkan solat fardu antara kufur dan fasiq: analisis dalil berdasarkan mazhab empat / Hasna Bidin…[et.al]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 88-108. ISSN e-ISSN:2006-9617

Official URL: http://ejitu.uitm.edu.my

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang hukum meninggalkan solat fardu sama ada ia membawa kepada kekufuran atau fasiq. Hal ini timbul kerana masih terdapat dikalangan masyarakat Islam yang meninggalkan solat fardu serta memandang ringan terhadap kewajipan solat fardu. Perkara ini berlaku disebabkan pengetahuan mereka yang cetek berkaitan kewajipan solat fardu dan tuntutannya dalam Islam. Selain itu, mereka juga meninggalkan solat fardu disebabkan malas dan kesibukan harian seperti bekerja dan sebagainya. Kajian ini bertujuan memberi tumpuan kepada kefarduan solat dan hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja sama ada mengakui kefarduannya atau sebaliknya. Seterusnya penyelidik akan memuatkan perbincangan ulama‟ dalam mazhab empat berkaitan hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja disebabkan malas, sibik atau lainnya tetapi masih mengakui akan kefarduannya. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dengan berpandukan kepada bahan rujukan seperti buku-buku dan jurnal-jurnal penerbitan berkaitan tajuk ini. Analisis adalah menggunakan metodologi deduktif iaitu membuat kesimpulan khusus daripada maklumat yang umum. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja bagi yang masih mengakui kefarduannya adalah merupakan perbuatan fasiq serta berdosa besar dan inilah pendapat terkuat menurut jumhur ulama‟. Kewajipan solat fardu adalah merupakan kewajipan fardu ain yang berada dalam tanggungan setiap individu umat Islam yang sudah mencapai umur baligh dan mukallaf. Sekiranya mereka menunaikannya, maka terbinalah asas agama yang kukuh dalam diri setiap individu muslim sebaliknya jika mengabaikan solat fardu akan menyebabkan rosak dan runtuhlah pegangan agama dalam kehidupan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Bidin, HasnaUNSPECIFIED
Omar, Mohd Nor FirdausUNSPECIFIED
Khalid @ Abu Samah, Mohd NazariUNSPECIFIED
Rashidi, KamaludinUNSPECIFIED
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
K Law > KB Religious law in general. Comparative religious law. Jurisprudence
K Law > KB Religious law in general. Comparative religious law. Jurisprudence > Interdisciplinary discussion of subjects
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
Journal: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: e-ISSN:2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 88-108
Official URL: http://ejitu.uitm.edu.my
Item ID: 26715
Uncontrolled Keywords: Meninggalkan solat fardu; Kufur; Fasiq; Analisis; Mazhab empat
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26715

Download

[img] Text
AJ_HASNA BIDIN ACIS M 19.pdf

Download (937kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year