Wasiat wajibah: satu sorotan terhadap enakmen wasiat orang Islam di Malaysia / Asjad Mohamed…[et.al]

Mohamed, Asjad and Taha, Marbawi and Jusoh, Muhammad Kamal Azman and Mohd Burhan, Norhapizah (2019) Wasiat wajibah: satu sorotan terhadap enakmen wasiat orang Islam di Malaysia / Asjad Mohamed…[et.al]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 124-140. ISSN e-ISSN:2006-9617

Official URL: http://ejitu.uitm.edu.my

Abstract

Wasiat wajibah merupakan istilah kontemporari bagi sejenis bentuk pelaksanaan wasiat pada masa kini. Bagaimanapun, kebanyakan sarjana Islam telahpun membincangkan mengenai asasnya secara terperinci berdasarkan kepada pelbagai aliran mazhab fiqh. Ini kerana isu wasiat tersebut menyentuh realiti kes yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Pada kebiasaannya, pihak yang terlibat dan berhak mendapat pembelaan melalui peruntukan wasiat dari bahagian harta pusaka berkaitan, tidak mengetahui tentang hak ini. Ia kurang diketahui ramai kerana pelaksanaannya masih belum popular dalam kalangan masyarakat. Di samping, terdapat beberapa polimik dan isu berkenaan peruntukan undang-undang berkaitan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji perkembangan peruntukan undang-undang mengenai wasiat wajibah khususnya dalam Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia. Selain, menganalisis peruntukan sedia ada, sama ada menepati matlamat pensyariatan wasiat wajibah dan selari dengan pandangan Mazhab al-Shafi’i atau qawl al-rajih dari mazhab muktabar ataupun sebaliknya. Begitujuga, untuk melihat perkembangan terkini mengenai penambahbaikan enakmen berkaitan wasiat wajibah serta aspek yang masih perlu dibuat pemantapan. Bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini menumpukan kepada dua aspek utama. Pertama, berkenaan kedudukan wasiat wajibah dalam syariat Islam. Kedua, mengenai perubahan dan pindaan terkini berhubung isu wasiat wajibah dalam peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dan kajian kepustakaan. Hasil daripada kajian ini dapat menentukan hukum-hakam yang lebih tepat berkenaan isu wasiat wajibah seterusnya membantu mengukuhkan kefahaman pelaksanaan bentuk wasiat tersebut dalam kalangan masyarakat. Selain, menyingkap beberapa perkembangan terkini peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia berkenaan isu kajian.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mohamed, AsjadUNSPECIFIED
Taha, MarbawiUNSPECIFIED
Jusoh, Muhammad Kamal AzmanUNSPECIFIED
Mohd Burhan, NorhapizahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
Journal: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: e-ISSN:2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 124-140
Official URL: http://ejitu.uitm.edu.my
Item ID: 26713
Uncontrolled Keywords: Wasiat; Wajibah; Enakmen wasiat; Orang Islam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26713

Download

[img] Text
AJ_ASJAD MOHAMED ACIS M 19.pdf

Download (596kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year