Kajian mengenai proses rekabentuk dalam kejuruteraan / Ahmad Rithauddin Zainal Ahmad dan Syd Shamsul Fauzi Syd Muhamad

Zainal Ahmad, Ahmad Rithauddin and Syd Muhamad, Syd Shamsul Fauzi (1998) Kajian mengenai proses rekabentuk dalam kejuruteraan / Ahmad Rithauddin Zainal Ahmad dan Syd Shamsul Fauzi Syd Muhamad. Student Project. Faculty of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished)

Abstract

Di dalam laporan ini kami cuba menerangkan dengan jelas tentang proses rekabentuk dalam kejuruteraan. Laporan ini mengandungi beberapa langkah awal yang diperlukan oleh sekumpulan jurutera untuk memulakan sesuatu proses rekabentuk. Kami juga ada menerangkan mengenai definisi kejuruteraan, tujuan serta kepentingan sesuatu proses rekabentuk itu dan juga langkah-langkah yang terdapat dalam satu proses rekabentuk yang mudah seperti pengumpulan idea, penghalusan idea, analisa masalah dan juga perlaksanaan projek. Tetapi bagi setiap proses rekabentuk yang berlainan, langkah-langkah yang diikuti adalah berbeza bergantung kepada jenis produk yang hendak dihasilkan. Bagi menunjukkan dengan lebih jelas maka kami telah membuat satu contoh proses rekabentuk di mana kami telah mereka sebuah kerusi khas untuk menggunting rambut bagi kegunaan orang yang cacat anggota kaki seperti lumpuh, kudung atau bagi orang yang kerdil tetapi mempunyai kebolehan dan skil untuk menggunting rambut. Kami membuat contoh ini dengan mengikuti langkah-langkah yang paling mudah dalam proses rekabentuk kejuruteraan dan penerangan secara lanjut telah kami tunjukkan dalam Bab 3 laporan ini. Sebagai satu kajian dalam proses rekabentuk kejuruteraan kami berharap dengan laporan ini maka sedikit sebanyak dapat membantu memberi penjelasan kepada semua pihak mengenai proses rekabentuk dalam kejuruteraan. Dan sekiranya ada pihak yang dapat memberi penjelasan yang lebih jelas dan tepat maka ini adalah sangat dialu-alukan.

Download

[img] Text
PPd_AHMAD RITHAUDDIN ZAINAL AHMAD EM 98_5.pdf

Download (1MB)

Metadata

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Zainal Ahmad, Ahmad RithauddinUNSPECIFIED
Syd Muhamad, Syd Shamsul FauziUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing
Divisions: Faculty of Mechanical Engineering
Item ID: 26632
Uncontrolled Keywords: Projek, Rekabentuk, Kerusi, Cacat
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26632

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year