Mempertingkatkan dan mencadangkan kemudahan awam di Bandar Pasir Mas, Kelantan / Syafiq Mat Nawi

Mat Nawi, Syafiq (2011) Mempertingkatkan dan mencadangkan kemudahan awam di Bandar Pasir Mas, Kelantan / Syafiq Mat Nawi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kemudahan awam merupakan satu keperluan asas yang penting bagi sesebuah kawasan petempatan. Oleh itu, penyediaan kemudahan awam yang terancang mesti dilaksanakan agar kemudahan awam yang disediakan dapat digunakan oleh semua penduduk. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mempertingkatkan kemudahan awam yang sedia ada dan mencadangkan kemudahan awam yang baru bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan bandar Pasir Mas, Kelantan. Kemudahan Awam yang terlibat merangkumi kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan, kemudahan keselamatan, kemudahan dewan orang ramai, kemudahan perpustakaan, kemudahan perkhidmatan pos, kemudahan keagamaan, kemudahan tanah perkuburan dan kemudahan rekreasi. Melalui kajian ini, ia akan menjadikan bandar Pasir Mas sebuah bandar yang mempunyai kemudahan awam yang terancang dan tersusun bagi kegunaan penduduk. Kajian ini dijalankan meliputi beberapa aspek berkaitan dengan penyediaan kemudahan awam. Antara aspekaspek yang terlibat ialah bilangan, lokasi perletakan dan saiz kemudahan awam. Kesemua aspek ini dikaji bagi mengetahui penyediaan kemudahan awam yang sedia sama ada mematuhi garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan dan sama ada dapat menampung penduduk di kawasan kajian. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan memahami kajian yang dijalankan dan membuat satu penyelidikan dengan mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian dan melakukan kajian teoritikal untuk pemahaman mengenai kajian yang akan dijalankan. Analisis maklumat-maklumat yang diperolehi akan dijalankan dan penemuan, isu dan masalah akan dikenalpasti. Cadangan bagi mempertingkatkan dan mencadangkan kemudahan awam di bandar Pasir Mas dicadangkan hasil daripada penemuan yang telah diperolehi. Dengan ini diharapkan kajian ini dapat meningkatkan kemudahan awam yang sistematik di kawasan kajian.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mat Nawi, SyafiqUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying
N Fine Arts > NA Architecture > City planning. Regional planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26593
Uncontrolled Keywords: Bandar Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26593

Download

[img] Text
PPd_SYAFIQ MAT NAWI AP 11_5.pdf

Download (82kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year