Kajian mengenai proses "powder metallurgy" / Razali Abdul Rahman Bakar

Abdul Rahman Bakar, Razali (1996) Kajian mengenai proses "powder metallurgy" / Razali Abdul Rahman Bakar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Teknologi kajilogam serbuk atau “powder metallurgy” (PM) adalah salah satu daripada teknologi utama yang terlibat di dalam proses pembentukan bahan termaju. Di Malaysia ianya belum lagi merupakan kaedah utama dalam penghasilan sesuatu bahan, namun ianya akan menjadi suatu bidang yang mempunyai peluang yang cerah. Teknologi P/M bukan sahaja mampu mempertingkatkan daya pengeluaran bahkan ianya dapat mengurangkan kos pengeluaran, menghasilkan bentuk-bentuk yang lebih rumit dan kompleks dengan kejituan yang tinggi di samping dapat meninggikan kuantiti produk. Teknologi Kajilogam serbuk dapat menghasilkan komponenkomponen siap yang dapat terus digunakan mengikut dimensi yang diperlukan di dalam kuantiti yang besar (beberapa ribu produk sejam) selepas melaluai proses mampatan, dan persinteran tanpa memerlukan proses pemesinan, perapian, penggilapan ataupun proses pengendalian yang lain. Penglibatan yang ketara dalam penggunaan kajilogam serbuk "Powder metallurgy" ialah dalam industri automotif, angkasalepas, pertahanan dan nukleur, maka sesungguhnya penggunaan teknologi P/M perlu dikuasai serta diperluaskan. Setakat ini kaedah yang sedang dipraktikkan ialah secara "Conventional" dan juga "Metal Injection Moulding"(MIM), misalnya dalam penghasilan "carbonbrushes defence" dan juga komponen khususnya kereta negara PROTON.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Abdul Rahman Bakar, RazaliUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > Metallurgy > Powder metallurgy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering
Item ID: 26575
Uncontrolled Keywords: Powder metallurgy, Kajilogam, PROTON
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26575

Download

[img] Text
PPd_RAZALI ABDUL RAHMAN BAKAR EM 96_5.pdf

Download (101kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year