Sistem pembekalan gas LPG: aspek keselamatan untuk bangunan industri / Amirul Bahri Hashim

Hashim, Amirul Bahri (1999) Sistem pembekalan gas LPG: aspek keselamatan untuk bangunan industri / Amirul Bahri Hashim. Degree thesis, Institut Teknologi MARA (ITM).

Abstract

Penemuan gas telah membawa suatu era baru khususnya dalam pembangunan perindustrian dan pembuatan. Pada hari ini, dapat kita lihat kebanyakan daripada sektor perindustrian mahupun sektor pembuatan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan sumber tenaga gas sebagai bahan mentah untuk produktiviti dan juga pengeluaran barangan. Seringkali kita lihat kebanyakan daripada kawasan perindustrian yang menggunakan sumber tenaga daripada gas tersebut mampu mengeluarkan barangan dan produktiviti dalam suatu kuantiti yang banyak di mana ia secara tidak langsung dapat menampung keperluan barangan sedia ada. Pemilihan sumber tenaga daripada gas tersebut diambilkira disebabkan kosnya adalah murah berbanding dengan penggunan sumber tenaga yang lain contohnya sumber tenaga elektrik. Oleh sebab itu, penggunaan sumber tenaga daripada gas tersebut adalah jauh lebih praktikal untuk digunakan dalam sektor perindustrian dan juga pembuatan.Dalam menggunakan sumber tenaga daripada gas tersebut juga ada sesetengah daripada kita tidak mengetahui tentang sistem yang digunakan khususnya sistem yang diterima pakai oleh piawaian-piawaian tertentu seperti piawaian SIRIM MS 830 dan juga akta-akta yang berkaitan seperti Akta Bekalan Gas 1993. Dalam menentukan sistem untuk digunakan dalam keija-keija pemasangan bagi kegunaan seharian khususnya untuk kegunaan sektor industri, aspek-aspek keselamtan seharusnya dititikberatkan. Aspek-aspek keselamatan tersebut adalah merupakan tajuk utama dalam kerja- keija pemasangan sistem gas untuk kegunaan industri tersebut. Jika pengabaian terhadap aspek keselamtan ini berkemungkinan akan mnyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti masalah letupan yang kuat yang dihasilkan oleh tindakan gas dengan udara yang akan membahayakan orang awam. Tujuan asal disertasi ini adalah untuk mengkaji berkenaan dengan kaedah pemasangan terhadap sistem pembekalan gas LPG ( Liquified Petroleum Gas ) di samping mengkaji tentang sejauhmana aspek keselamtan dititikberatkan sebelum dan semasa kerja-kerja pemasangan sistem tersebut dijalankan sama ada ianya mengikut seperti di dalam piawaian dan juga akta-akta yang berkaitan. Kajian yang dibuat adalah merangkumi kajian terhadap pihak pengurusan ( penyelia ataupun pihak jurutera ) dan satu pihak lagi iaitu pekerja yang menjalankan ketja-keija pemasangan sistem berkenaan.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Amirul Bahri
97012373
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohd. Jalil, Mohd. Nadzari
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation
T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings
T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian)
Keywords: Sistem pembekalan, gas LPG, aspek keselamatan untuk bangunan industri, Universiti Teknologi MARA
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26444
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26444.pdf] Text
26444.pdf

Download (140kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

26444

Indexing

Statistic

Statistic details