Analisa sistem keselamatan kebakaran pada stadium tertutup (kes kajian: stadium Putra, Bukit Jalil dan Stadium Malawati, Shah Alam) / Robiah Abdul Rashid

Abdul Rashid, Robiah (2000) Analisa sistem keselamatan kebakaran pada stadium tertutup (kes kajian: stadium Putra, Bukit Jalil dan Stadium Malawati, Shah Alam) / Robiah Abdul Rashid. Degree thesis, Universiti Teknologi Mara.

Abstract

Stadium merupakan satu tempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti manusia yang mana penggunaannya melibatkan jumlah manusia yang ramai dalam satu masa. Walaubagaimanapun, stadium juga seperti bangunan-bangunan lain dimana stadium juga turut terdedah kepada risiko kebakaran yang sukar dijangka kejadiannya. Kebakaran ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda terhadap manusia. Oleh itu, amatlah penting setiap individu dapat melepaskan diri masing-masing dengan selamat apabila berlakunya kebakaran. Apabila berlaku kebakaran, suasana di tempat kejadian sayu dengan suara tangisan, raungan serta wajah-wajah yang dipenuhi ketakutan malah ada yang pengsan. Di satu sudut, ada mangsa yang menyalahkan pihak bomba kerana gagal menyelamatkan harta benda dan nyawa mangsa yang terlibat. Senario sebegini lazim berlaku. Belum sempat pasukan bomba mengambil tindakan, segala-galanya telah hangus dijilat api yang marak. Keadaan sebegini boleh berlaku jika masyarakat tidak mengetahui sains kebakaran yang menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk mencegah kebakaran. Analisa sistem keselamatan kebakaran pada stadium tertutup Antara faktor-faktor keselamatan yang perlu diambilkira adalah keselamatan pengguna daripada kebakaran, keselamatan struktur bangunan tersebut dan Iain-lain ciri keselamatan bangunan. Fokus utama dalam dissertasi ini adalah berkaitan dengan kepentingan sistem keselamatan kebakaran kepada pengguna sesebuah bangunan stadium tertutup. Bangunan jenis ini sesungguhnya memerlukan satu sistem keselamatan kebakaran yang efisien. Ini adalah disebabkan fungsi bangunan itu sendiri yang mana melibatkan jumlah pengguna yang ramai. Kegagalan sesuatu sistem keselamatan kebakaran dalam bangunan seperti ini akan mengakibatkan bencana yang buruk yang melibatkan beratus-ratus atau beribu-ribu orang terkorban.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Abdul Rashid, RobiahUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Building inspection
T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26443
Uncontrolled Keywords: Sistem keselamatan kebakaran, Kes kajian: stadium Putra, Bukit Jalil dan Stadium Malawati, Shah Alam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26443

Download

[img] Text
TD_ROBIAH ABDUL RASHID AP 00_5.pdf

Download (452kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

ID Number

26443

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year