Transformasi pusat bandar Muar sebagai lokasi pelancongan warisan / Muhammad Haniff Zakaria

Zakaria, Muhammad Haniff (2013) Transformasi pusat bandar Muar sebagai lokasi pelancongan warisan / Muhammad Haniff Zakaria. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Warisan dan kemampanan adalah berkongsi tema yang sama dalam konteks warisan dan nilai sejarah. Pelancongan bandar warisan merupakan aktiviti ekonomi yang didasarkan pada penggunaan aset fizikal pusat bandar dalam usaha untuk menarik pengunjung. Kemapanan pelancongan warisan memerlukan pengurusan bangunanbangunan warisan yang diuruskan dengan teliti untuk memastikan generasi akan datang mewarisi asas sumber yang mencukupi untuk menampung keperluan mereka. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dipulihara dengan sebaik mungkin daripada pupus ditelan arus pembangunan. Tujuan kajian ini adalah untuk mentransformasi pusat bandar Muar sebagai lokasi pelancongan warisan dengan berdasarkan sumber rujukan yang mendalam mengenai rekabentuk bandar, imej bandar dan langkah-langkah bagi dalam mewujudkan aktiviti pelancongan warisan. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati bangunan-bangunan di kawasan perkedaian lama perlu diberikan perhatian disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat dan pihak berwajib dalam usaha pemuliharaan bangunan tersebut. Melalui analisis juga mendapati kawasan persekitaran pusat bandar Muar juga berada di dalam keadaan yang baik dan terdapat beberapa jenis promosi yang sesuai bagi menghebah kepada masyarakat tentang fungsi terbaru pusat bandar Muar sebagai lokasi pelancongan warisan. Terakhir sekali, cadangan dalam kajian ini adalah terbahagi kepada dua iaitu cadangan umum dan cadangan khusus. Cadangan am merupakan berkenaan dengan proses pemuliharaan bangunan, perletakkan papan iklan, memperindah kawasan warisan, sumber promosi dan lain-lain. Manakala cadangan khusus pula ialah melibatkan pembangunan semula kawasan yang berpotensi dijadikan kawasan tumpuan utama di pusat bandar dan lain-lain cadangan lagi.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zakaria, Muhammad Haniff
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Wan Omar, Wan Rabiah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying
N Fine Arts > NA Architecture > City planning. Regional planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Muar, pelancongan warisan, aktiviti ekonomi
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26037
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26037.pdf] Text
26037.pdf

Download (391kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

26037

Indexing

Statistic

Statistic details