Cadangan rekabentuk dalaman Galeri Seramik Perak No. 1077 Jalan Brash, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, 30350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia / Aizul Azree Abdul Wahab

Abdul Wahab, Aizul Azree (2004) Cadangan rekabentuk dalaman Galeri Seramik Perak No. 1077 Jalan Brash, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, 30350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia / Aizul Azree Abdul Wahab. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Bangsa melayu mempunyai banyak kepandaian terutama dalam bidang kesenian. Kesenian yang dimaksudkan adalah melarik, membentuk dan mengukir merupakan satu aset warisan kebudayaan melayu yang tidak temilai harganya. Walau bagaimanapun, kini tidak ramai yang mengetahui dengan lebih mendalam tentang seni tembikar ini. Keadaan ini mendorong kepada pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mempergiatkan lagi usaha untuk menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda untuk lebih mengenali dan menghargai seni kraftangan bukan sahaja sebagai sebuah pasu atau seramik tetapi sebagai bentuk kesenian warisan yang dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan lumayan. Untuk tujuan ini, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memerlukan sebuah Galeri Seramik Perak yang bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan malah memberi maklumat kepada orang ramai. Tujuan kajian akhir ini adalah untuk menganalisa dan memberi gambaran tentang projek tahun akhir Diploma Rekabentuk Dalaman iaitu projek akhir merekabentuk dalaman untuk sebuah Galeri Seramik Perak. Oleh yang demikian, rekaan ruang dalaman ini merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan ianya menepati keperluan sebuah galeri selain daripada mengikut keperluan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Analisa tapak juga turut dijalankan bagi mengenal pasti keaadaan kawasan sekitar tapak yang dipilih. Apabila kajian kes dan analisa tapak telah dijalankan, maka ianya akan memudahkan lagi proses merekabentuk ruang dalaman mengikut konsep serta imej yang ingin ditunjukkan. Dengan adanya laporan kajian akhir ini, penyampaian maksud dan kehendak projek akhir akan lebih teratur dan lebih difahami khususnya bagi projek rekabentuk dalaman sebuah pusat Galeri Seramik Perak.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Wahab, Aizul Azree
2001633409
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdul Halim, Norajwani
UNSPECIFIED
Advisor
Abdullah, Norashikin
UNSPECIFIED
Advisor
Alwi, Ramlah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration > Decorative painting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Melayu, bidang kesenian, warisan kebudayaan, seni kraftangan
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25946
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 25946.pdf] Text
25946.pdf

Download (276kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

25946

Indexing

Statistic

Statistic details