Pengurusan penyelenggaraan bangunan kerajaan: Kementerian Pertahanan (RKAT) / Wan Hasyyati Abdullah

Abdullah, Wan Hasyyati (2009) Pengurusan penyelenggaraan bangunan kerajaan: Kementerian Pertahanan (RKAT) / Wan Hasyyati Abdullah. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Setiap bangunan perlu diselenggara untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik. Penyelenggaraan yang terancang dan berterusan dapat menjaga kualiti dan prestasi bangunan tersebut. Anggota tentera dijaga kebajikan mereka dengan memberikan perkhidmatan senggaraan bangunan yang berterusan untuk menjaga moral mereka dalam berjuang mempertahankan negara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai sejumlah 179 kem yang mengandungi 19,000 bangunan dari ketiga-tiga perkhidmatan. Bangunan-bangunan ini diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui tahap keberkesanannya dan masalah-masalah yang berlaku dalam pengurusan yang diamalkan serta mengetahui tahap keselesaan dan kepuasan pengguna terhadap bangunan yang dihuni. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menemubual pihak-pihak tententu dan membuat lawatan ke tapak dengan melihat sendiri keadaan fizikalnya. Selain itu juga borang kaji selidik juga diberikan kepada beberapa responden di kem tentera yang dipilih secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa masalah dalam pengurusan penyelenggaraan yang diamalkan. Antaranya adalah seperti masalah kewangan, Oleh itu, adalah disarankan agar perancangan kewangan organisasi mestilah mengambilkira keperluan penyelenggaraan dan menetapkan peruntukan yang mencukupi di setiap tahun. Dengan ini, masalah yang berlaku dapat diatasi seterusnya dapat menghasilkan bangunan yang baik, efisien dan berjangka hayat panjang.

Download

[img] Text
PPb_WAN HASYYATI ABDULLAH AP 09_5.pdf

Download (1MB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year