Laporan cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman Minerva Bookstore Sdn Bhd di Lot 114G, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur / Zaima Zainal Abidin

Zainal Abidin, Zaima (2006) Laporan cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman Minerva Bookstore Sdn Bhd di Lot 114G, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur / Zaima Zainal Abidin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek ini merupakan cadangan merekabentuk dan menaiktaraf ruang dalaman Pustaka Minerva Sendirian Berhad yang terletakdi No. 114g, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur. Pemilihan pengubahsuaian ini adalah berdasarkan kedudukannya yang strategik tetapi kurang tarikan dari segi rekabentuk dalaman dan rekabentuk fasad yang tidak menonjolkan imej korporat Pustaka Minerva. Selain itu, keperluan dan perancangan ruang di dalam kedai ini tidak sistematik iaitu penyediaan ruang laluan pelanggan yang sempit. Penggunaan rekabentuk pameran dan jenis kemasan yang digunakan adalah lama dan tidak menarik. Beberapa kajian telah dilakukan untuk menjalankan projek ini iaitu melalui kajian ‘precedent’, rujukan, kajian kes, kajian tapak, dan kajian bangunan. Kajian ini akan merangkumi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk merekabentuk sebuah kedai buku yang dapat menonjolkan imej korporatnya bersesuaian dengan tahap pencapaian dan jangka masa penubuhannya. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya berkenaan dengan projek, mengenalpasti masalah yang ada, serta membuat perbandingan diantara kajian-kajian lain yang telah dibuat. Objektif projek ini adalah untuk meluaskan kapasiti pembelajaran dan mewujudkan satu persaingan yang positif, mewujudkan rekabentuk ruang yang teratur dan selamat serta dapat memberi keselesaan kepada pengunjung, dan menyediakan kemudahan yang inovatif kepada pengunjung dengan kelengkapan bahan rujukan, muzik, dan multimedia IT. Projek ini berkonsepkan ‘Step of Learning’ yang mana setiap ruang di dalam kedai buku ini akan dibahagikan mengikut urutan peringkat pembelajaran dengan menerapkan imej yang berbeza-beza mengikut ruang. Secara keseluruhannya, projek menaiktaraf ini merupakan salah sattkjpara untuk mewujudkan imej kedai buku yang lebih kukuh dan dapat menarik lebih pelanggan dengan penyediaan ruang yang baik dan selesa.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abidin, Zaima
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Minerva Bookstore Sdn Bhd
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25195
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ZAIMA ZAINAL ABIDIN AP 06_5.pdf] Text
PPd_ZAIMA ZAINAL ABIDIN AP 06_5.pdf

Download (318kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25195

Indexing

Statistic

Statistic details