Cadangan rekabentuk Restoran Boathouse di Lorong 17/7K, Pusat Rekreasi Kelana Jaya, Kelana Jaya, 47301 petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan / Wan Amirah Wan Alias

Wan Alias, Wan Amirah (2008) Cadangan rekabentuk Restoran Boathouse di Lorong 17/7K, Pusat Rekreasi Kelana Jaya, Kelana Jaya, 47301 petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan / Wan Amirah Wan Alias. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img] Text
PPd_WAN AMIRAH WAN ALIAS AP 08_5.pdf

Download (85kB)

Abstract

Restoran Boathouse adalah sebuah restoran yang terkenal di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan di kalangan penggemar makanan barat. la telah ditubuhkan sejak 8 tahun lalu dan ini bermatlamat untuk menghasilkan menu yang baru dan segar yang lain daripada restoran lain. Selain itu, restoran ini juga bercita-cita untuk memberikan pelanggannya suatu pengalaman seperti berada di dalam bot. Walaupun begitu, lokasi restoran asal tidak memberikan imejnya yang sebenar. Oleh itu, cadangan memberi skima rekabentuk baru ini dijalankan. Kajian untuk mereka bentuk restoran ini dijalankan dari segi menemubual, kajian melalui internet dan juga kajian melalui menganalisa. Bagi tapak cadangan pula, dikaji dari kesesuaian persekitaran dan juga faktor rekabentuk yang akan dijalankan. Idea rekabentuk yang dicadangkan adalah berkonsepkan hubungan antara laut dan darat, iaitu seiring dengan nama restoran ini, Boathouse, yang bermaksud jeti atau rumah menyimpan bot. Segala rekabentuk ruang dalaman restoran ini adalah berpandukan kepada konsep dan imej bersertakan kajian-kajian yang telah dijalankan sepanjang menjalankan projek ini. Keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelemahan yang terdapat pada perkhidmatan restoran yang disediakan serta rekabentuk dalaman dan pengurusan sesebuah restoran. Hasil kajian-kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses merekabentuk untuk mendapatkan impak rekabentuk yang selesa, menarik dan juga dengan sentuhan gaya imej yang tersendiri.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Wan Alias, Wan AmirahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 25190
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk Restoran Boathouse
Last Modified: 15 Aug 2019 08:53
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25190

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year