Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman baru Badger ‘Retail’ Untuk Electic Fushion di No 100 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. / Nurul Amanina Nor Azman

Nor Azman, Nurul Amanina (2019) Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman baru Badger ‘Retail’ Untuk Electic Fushion di No 100 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. / Nurul Amanina Nor Azman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan satu manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk dalaman ruang Badger ‘Retail’ untuk Electique Fushion di Lot 100 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Pembukaan ‘retail’ ini merupakan ‘retail’ yang cawangan yang ke-dua di Malaysia setelah mempunyai ‘retail’ utama di Damansara Utama, Selangor. Badger ‘retail’ merupakan sebuah retail yang asalnya terletak di Bandung, Indonesia. Di Indonesia juga Badger mempunyai 7 cawangan lain. ‘Retail’ ini menjual pelbagai barangan wanita, dan lelaki, dari pakaian, sehinggalah kepada aksesori, beg dan kasut. ‘Retail’ ini memberikan pelanggan terutama golongan remaja, mengenai pilihan terhadap fashion pada hari ini, yang selalu berubah dan selalu dalam era hari ini. Pelanggan yang berkunjung ke Badger ‘retail’ merupakan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang. Oleh itu, stail dan konsep dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu dan mestilah memberikan keselesaan keada pelanggan ketika membuat urusan. Imej dan konsep yang dipilih mestilah yang mempunyai jiwa remaja dan stail rekabentuk yang dipilih untuk Badger ‘retail’ ini ialah ‘Electic with Enthusiasm’ yang membawa maksud merasai atau menjiwai dengan penuh rasa teruja dalam pencampuran pelbagai gaya remaja. Ini adalah kerana zaman remaja merupakan zaman yang paling menggembirakan dan zaman yang penuh berwarna- warni dalam hidup seseorang. Zaman ini hanya datang sekali dalam seumur hidup dan haruslah dihayati dan dinikmati oelh setiap remaja. Dalam menyiapkan tugasan ini, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untk mengenalpasti sasaran pengguna dan sebagainya. Antara kaedah kajian yang dijalankan ialah melalui temuramah, internet, borang soal selidik, pemerhatian dan beberapa kajian lain. Kajian ini seterusnya membantu memberikan maklumat dalam merekabentuk ruang dalaman Badger ‘retail’.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nor Azman, Nurul Amanina
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Badger ‘Retail’; Electic Fushion
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25182
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURUL AMANINA NOR AZMAN AP 10_5.pdf] Text
PPd_NURUL AMANINA NOR AZMAN AP 10_5.pdf

Download (105kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

25182

Indexing

Statistic

Statistic details