Cadangan merekabentuk ruang dalaman kedai seramik Clay Expression di Lot S13 Kompleks Membeli - Belah Ampang Point, Jalan Mamanda 3, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. / Nursyarfina Mohd Ali Akbar

Mohd Ali Akbar, Nursyarfina (2005) Cadangan merekabentuk ruang dalaman kedai seramik Clay Expression di Lot S13 Kompleks Membeli - Belah Ampang Point, Jalan Mamanda 3, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. / Nursyarfina Mohd Ali Akbar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tanah liat ialah medium asas kraftangan yang telah lama wujud sejak zaman dahulu dan aplikasinya dalam pembuatan tembikar merupakan salah satu ikon kraftangan yang paling popular dikalangan masyarakat tempatan dewasa ini. Tidak dinafikan bahawa ia adalah bahan yang diadaptasikan daripada sumber alam semulajadi, dimana ia bersifat lembut dan mudah dilentur serta dibentuk kepada pelbagai rupabentuk, saiz dan ukuran. Namun begitu, proses dan teknik pembuatannya jarang didedahkan kepada masyarakat tempatan, khususnya. Oleh sebab itu, karya seramik ini lebih dianggap sebagai hiasan atau barangan estetik selain menjadikannya sebahagian daripada hobi atau aktiviti bagi mengisi masa lapang. Tujuan merekabentuk dalaman bagi Clay Expression ini adalah untuk mengenengahkan kepada masyarakat kepada seni tanah liat dan cara pemprosesannya, melalui kelas dan bengkel yang disediakan untuk orang ramai yang berminat untuk mencuba dan menghasilkan karya masing-masing melalui tanah liat ini. Aspek ini memerlukan skop kerja yang besar dan luas dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan. la termasuklah teknik asas dalam pembentukan tanah liat seperti handbuilding, wheel throwing, sculpting, mosaic making, glazing dan kiln firing. Sebagai daya penarik kepada orang ramai, rekabentuk yang diaplikasikan dalam kedai ini lebih menekankan elemen asas semulajadi iaitu tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan api.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ali Akbar, Nursyarfina
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk Dalaman, kedai seramik Clay Expression
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25177
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURSYARFINA MOHD ALI BAKAR AP 05_5.pdf] Text
PPd_NURSYARFINA MOHD ALI BAKAR AP 05_5.pdf

Download (112kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

25177

Indexing

Statistic

Statistic details