Abstract
Laporan akhir projek ini adalah mengenai cadangan merekabentuk dalaman bagi Tupai-tupai Restaurant & Cafe di tapak cadangan iaitu di One Bangsar, 63C Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Klien yang untuk projek ini ialah tetuan Tupaitupai Restaurant & Cafe yang terletak di 551A, Jalan Bukuit Petaling, Kuala Lumpur iaitu Puan Mahani Awang dan Encik Amin Sharifuddin. Cadangan merekabentuk rekaan dalaman restoran ini adalah menepati kehendak klien yang mencadangkan rekaan dalaman baru dan lebih segar untuk cawangan baru yang sesuai dengan kehendak klien dan pengguna mengikut konsep dan imej kemelayuan yang menjadi minat dan kebanggaan klien sendiri. Restoran ini direka untuk menyusun semula dan memperbaiki sistem sedia ada supaya lebih teratur dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Rekaan dalaman yang dicadangkan pula berfungsi sebagai daya tarikan di samping memberi kelainan kepada pelanggan menikmati hidangan dalam suasana ekslusif dan tenang. Di samping itu, terdapat penambahan ruang baru dan susunan perabut yang lebih menarik Restoran ini berpandukan ideniti budaya Melayu tetapi lebih difokuskan kepada masakan dan senibina Melayu yang menjadi keistimewaan restoran ini. la juga sesuai dengan kehendak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negara krta yang menggalakkan promosi kebudayaan dan wama-warni Negara kita, Malaysia khususnya kepada pelancong antarabangsa dan amnya masyarakat Malaysia sendiri.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mokhtar, Nurashikin UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; Tupai-Tupai Restaurant & Cafe |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25172 |
Download
PPd_NURASHIKIN MOKHTAR AP 08_5.pdf
Download (99kB)