Kajian impak Universiti Teknologi Mara Kedah / Pm Dr. Zaliha Hj Hussin…[et al.]

Hj Hussin, PM Dr. Zaliha and Samsudin, PM Hj. Kamal Bahrin and Ismail, Dr. Mahadzir (2008) Kajian impak Universiti Teknologi Mara Kedah / Pm Dr. Zaliha Hj Hussin…[et al.]. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kewujudan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah pada tahun 1997 mempunyai maksud dan agenda tersendiri. Pada dasarnya, kewujudan dan perkembangannya telah mempengaruhi pembangunan persekitaran serta mendorong perubahan sosio-ekonomi masyarakat setempat. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti impak ekonomi yang telah dihasilkan kesan daripada kewujudan UiTM Kedah di Lembah Bujang pada tahun 2007. Tiga bentuk impak ekonomi dilihat iaitu impak primer, sekunder dan semarak. Turut dikaji ialah impak perbelanjaan terhadap peluang-peluang pekerjaan dalam sektor tertentu.
Bagi membolehkan impak-impak ini dikenal-pasti, enam kumpulan responden digunakan iaitu staf universiti, pelajar, kontraktor, penduduk berhampiran, pemiagaan dan industri dan kerajaan negeri. Kaedah persampelan berstrata rawak digunakan untuk memilih responden dalam kategori staf, pelajar dan penduduk. Data mengenai responden seperti pendapatan, jenis-jenis perbelanjaan dan biodata diri diperolehi melalui soal selidik. Untuk mendapatkan impak perbelanjaan, pekali dianggarkan melalui kaedah regresi dengan menggunakan fungsi penggunaan mudah untuk staf, pelajar dan kontraktor. Impak perbelanjaan telah dianggarkan melalui proses penggandaan bemilai RM138 juta kesan daripada perbelanjaan universiti, staf, pelajar dan kontraktor. Keduanya, jumlah peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan dalam sektor-sektor tertentu ialah sebanyak 423. Dari segi impak semarak, kewujudan UiTM mempengaruhi perkhidmatan pengangkutan awam, pembangunan sekeliling, tempat kediaman, kemudahan awam, pertumbuhan perniagaan, peluang pekerjaan dan peningkatan dalam pendapatan

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj Hussin, PM Dr. Zaliha
UNSPECIFIED
Samsudin, PM Hj. Kamal Bahrin
UNSPECIFIED
Ismail, Dr. Mahadzir
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational accountability
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: Sosio-Ekonomi; Impak Perbelanjaan; Perbelanjaan Universiti; Peluang Pekerjaan
Date: July 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25056
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TP_ZALIHA HJ HUSSIN RMI K 08_5.pdf] Text
TP_ZALIHA HJ HUSSIN RMI K 08_5.pdf

Download (172kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25056

Indexing

Statistic

Statistic details