Cadangan merekabentuk hiasan dalaman sebuah Spa Sendayu Tinggi untuk Sendayu Tinggi Body &Skincare (M) Sdn Bhd di No. 1, Blok 1c, No 1c, Lot 28053 Wangsa Maju, Mukim Setapak, Kl / Siti Zubaidah Abdul Mutalib

Abdul Mutalib, Siti Zubaidah (2009) Cadangan merekabentuk hiasan dalaman sebuah Spa Sendayu Tinggi untuk Sendayu Tinggi Body &Skincare (M) Sdn Bhd di No. 1, Blok 1c, No 1c, Lot 28053 Wangsa Maju, Mukim Setapak, Kl / Siti Zubaidah Abdul Mutalib. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tajuk laporan kajian adalah Cadangan Merekabentuk Dalaman Sebuah Spa Sendayu Tinggi. Tujuan laporan kajian ini dibuat adalah untuk syarat untuk projek akhir bagi Diploma Rekabentuk Dalaman. Projek yang dicadangkan adalah Cadangan Merekabentuk Dalaman Sebuah Spa Sendayu Tinggi untuk Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd di No 1, Blok 1C, Lot 2853 Wangsa Maju, Mukim Setapak, Kuala Lumpur. Tujuan utama kajian akhir ini dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah spa milik Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd. Spa merupakan sebuah pusat rawatan badan dan muka tanpa mengikut peringkat umur yang ingin kelihatan cantik dan menawan. Pertumbuhan spa pada masa kini atas permintaan ramai terutama golingan wanita turut menyumbang kepada terbinanya sebuah spa milik Sendayu Tinggi. Bertepatan dengan ini, Sendayu Tinggi mempunyai produk dari hujung rambut dan hujung kaki dan menjadi salah satu faktor lagi untuk membuka spa ini. Berkonsepkan ‘Spirit of Authenticity’ yang bermaksud semagat keaslian iaitu menggunakan hasil dari alam semulajadi sebagai produk dan akan diterapkan di dalam spa ini. Elemen gabungan ‘moden and nature’ serta penggunaan warna yang menarik digunakan bagi menghasilkan sebuah spa yang menarik. Skop kajian bagi keseluruhan projek adalah mengenai fungsi sebuah spa, kehendak klien dan analisa tapak projek. Kepentingan setiap kajian ini adalah supaya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sebuah spa dan kesesuaian projek dengan kehendak yang diperlukan oleh klien. Semasa kajian dijalankan, terdapat beberapa halangan yang terpaksa ditempuhi dan salah satunya adalah kurang mendapat kerjasama bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya daripada pihak yang berurusan. Segala maklumat yang dikumpul diambil kira kerana ia mempunyai kaitan dengan projek yang dijalankan. Proses ini banyak membantu bagi menghasilkan rekabentuk yang lebih baik dan mesra pengguna mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh klien. Selain itu juga, rekabentuk yang ergonomik serta memenuhi ciri-ciri antropometrik akan diterapkan dalam rekabentuk bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Mutalib, Siti Zubaidah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk Dalaman, Spa
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24914
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI ZUBAIDAH ABDUL MUTALIB AP 09_5.pdf] Text
PPd_SITI ZUBAIDAH ABDUL MUTALIB AP 09_5.pdf

Download (98kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24914

Indexing

Statistic

Statistic details