Cadangan merekabentuk baru bakeri dan kafe Rosegar di Greentown Square, Ipoh / Rifhan Kamilah Samhudi Kamil

Samhudi Kamil, Rifhan Kamilah (2008) Cadangan merekabentuk baru bakeri dan kafe Rosegar di Greentown Square, Ipoh / Rifhan Kamilah Samhudi Kamil. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img] Text
PPd_RIFHAN KAMILAH SAMHUDI KAMIL AP 08_5.pdf

Download (105kB)

Abstract

Cadangan membuka cawangan dan rekabentuk baru bagi Rosegar Bakeri dan Kafe di Greentown Square, Ipoh merupakan kafe pertama bagi syarikat Rosegar Sdn.Bhd. Sebelum ini, Rosegar lebih dikenali di kalangan masyarakat sebagai bakeri yang menjual pelbagai jenis roti, kek dan pastri. Cadangan membuka kafe Rosegar merupakan rancangan masa depan dalam mengembangkan syarikat dan pasaran. Bakeri dan Kafe ini membawa matlamat untuk perancangan yang sistematik dan berfungsi bagi setiap ruang tanpa meminggirkan keperluan dan keselesaan pelanggan. Daripada pengajian dan penyelidikan yang telah dijalankan, setiap proses merekabentuk sebuah kafe haruslah menitikberatkan beberapa perkara termasuk objektif projek, kesesuian tapak, keperluan projek dari segi teknikal dan juga tema serta konsep yang cuba ditampilkan supaya bersesuian dengan projek. Melalui kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan di beberapa kafe sekitar Ipoh dapat memberi peluang melihat perkembangan kafe secara keseluruhannya di mana kafe mempunyai permintaan yang tinggi dari segi fungsinya. Disamping itu, kafe juga berperanan dalam menyampaikan sesuatu mesej contohnya, imej dan tema yang ditonjolkan akan dapat memberi kesan maklumat kepada pelanggan. Jika dilihat sekarang ini, pelanggan kurang menghayati imej serta konsep sebenar yang hendak ditonjolkan oleh sesebuah kafe. Ini dapat dilihat pada pelanggan yang lebih mengutamakan kafe yang lebih menonjolkan ciri-ciri antarabangsa. Sebaliknya, tema tempatan dianggap kurang menyerlah. Oleh yang demikian, Bakeri dan Kafe Rosegar ini cuba menyelitkan serba sedikit elemen-elemen tradisional dan kontemporari dan unsur-unsur ketimuran. Kajian mengenai bakeri Rosegar yang sedia ada memberi banyak maklumat untuk pembinaan ini. Lawatan ke tapak lot cadangan telah dibuat umtuk melihat keadaan asal lot dan didapati kedudukan tapak di kawasan tumpuan orang ramai dan berhadapan dengan pusat perdagangan Greentown yang mempunyai kemudahan yang lengkap untuk keselesaan pengunjung.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Samhudi Kamil, Rifhan KamilahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 24891
Last Modified: 16 Jul 2019 04:21
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24891

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year