Cadangan merekabentuk ruang dalaman Hotel 1926, di 227, Jalan Burma, Pulau Pinang / Mohd Hafidh Mohd Nor Shahida

Mohd Nor Shahida, Mohd Hafidh (2007) Cadangan merekabentuk ruang dalaman Hotel 1926, di 227, Jalan Burma, Pulau Pinang / Mohd Hafidh Mohd Nor Shahida. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Cadangan Rekabentuk Dalaman Hotel 1926 ini adalah merupakan sebuah projek untuk Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Tapak lokasi projek ini terletak di 227, Jalan Burma, 10500, Pulau Pinang. Projek ini dijalankan untuk memelihara bangunan ini sebagai bangunan yang bersejarah dan memperkenalkannya sebagai sebuah hotel yang memperkenalkan ciri-ciri kolonial yang terdapat pada bangunan itu. Objektif kajian bagi projek ini adalah mengenalpasti elemen-elemen yang boleh memberi nafas baru pada imej hotel disamping mengekaikan elemen-elemen lama yang ada pada bangunan tersebut, mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan hotel mengikut piawaian tiga (3) bintang, mengenalpasti dekoratif elemen imej moden pada rekabentuk hotel dan penggunaan perabot. Metodologi kajian terbahagi kepada 3 fasa iaitu pengumpulan data, analisa maklumat dan perkembangan rekabentuk. PDC mahu menukar imej dan menaiktaraf piawai hotel dari 2 bintang ke 3 bintang. Skop projek rekabentuk merangkumi ruangruang kaunter, Jobi, informasi, kafe, bilik tetamu, pantri, dan pejabat operasi dan pengurusan. Dengan adanya tempat-tempat penginapan sqjirjj hotel, peranginan, dan ‘guest house’ ini dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang dan menikmati keindahan disitu. Ini juga dapat memberi peluang kepada pengunjung yang datang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Konsep rekabentuk Hotel 1926 ini adalah berdasarkan konsep “A New Lease Of Life” dan berimejkan “modern chic” yang mengetengahkan campuran elemen-elemen barat dan timur. “A New Lease Of Life” dalam erti kata lain memberi nafas baru kepada sesuatu yang lama menjadi baru dan segar. Apa yang ingin diterapkan melalui konsep tersebut ialah memberi kesegaran dan ‘menghidupkan’ kembali bangunan ini kepada semua segi. Imej yang diketengahkan untuk Hotel 1926 adalah "modern chic”. Imej ini selalunya digunakan dalam rekabentuk hotel di Malaysia. Kebanyakan hotej di Malaysia menggunakan imej modern, tradisionai atau tropical. “Modern chic” ialah imej moden dengan sedikit elemen ‘fashionable& stylish’. ‘Modern chic’ yang diterapkan dalam rekabentuk Hotel 1926 adalah dari segi senibina, rekaan perabut, warna, corak serta motif.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Nor Shahida, Mohd Hafidh
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Interior design, Interior decoration
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24683
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MOHD HAFIDH MOHD NOR SHAHIDA AP 07_5.pdf] Text
PPd_MOHD HAFIDH MOHD NOR SHAHIDA AP 07_5.pdf

Download (109kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24683

Indexing

Statistic

Statistic details