Laporan teknikal cadangan menaiktaraf & rekabentuk baru untuk KTMB Seremban di Jalan Dato’ Bdr. Tunggal 73000 Seremban, Negeri Sembilan / Mohd Awaluddin Rosly

Rosly, Mohd Awaluddin (2009) Laporan teknikal cadangan menaiktaraf & rekabentuk baru untuk KTMB Seremban di Jalan Dato’ Bdr. Tunggal 73000 Seremban, Negeri Sembilan / Mohd Awaluddin Rosly. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

FEDERAL MALAY STATES RAILWAY (FMSR) dan sekarang dikenali sebagai KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) adalah sebuah syarikat pengangkutan darat yang telah berdekad wujud di Malaysia. Organisasi ini telah membantu menjana ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar menerusi perkhidmatan kargo dan penumpang sejak pada lewat tahun
1800. Pemodenan aset-aset KTMB adalah selari dengan penerimaan masyarakat yang menjadikan perkhidmatan ini sebagai peluang kepada industri pelancongan ini selain sebagai pilihan utama pengguna tempatan untuk menjalankan rutin harian. Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) telah dirangka oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sistem pengangkutan trek berkembar untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas jalan raya. Antara usaha yang termaktub di bawah RM-8 ialah menekankan perancangan jangkamasa panjang yang bersepadu dan pelaksanaan projek yang terselaras bagi memastikan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam yang lebih teratur, sistematik dan menyeluruh. Walaubagaimanapun, isu keberkesananan penyelenggaraan infrasturktur dan prasarana KTMB yang usang harus diambil perhatian untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin, ia melibatkan penyelenggaraan bangunanbangunan stesen dan trek. Situasi ini memerlukan profesional terlatih bagi mengawal selia bangunan dari peringkat rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan sebagai jururunding dalam skop penambahbaikan, pemuliharaan, insurans dan pengurusan guna ruang melalui beberapa kaedah metodologi kajian. Beberapa contoh kes kajian telah diambil sebagai rujukan dan analisis dari pelbagai sudut kriteria yang memungkinkan sebarang idea untuk diadaptasi di dalam projek menaiktaraf ini. Hasil daripada kajian melalui pengumpulan data-data dan melihat dari aspek usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang diwarwarkan oleh pihak kerajaan, dapat disimpulkan bahawa cadangan konsep imej ‘transition’ adalah sesuai dan relevan bagi rekabentuk dalaman bangunan kolonial KTMB Seremban khususnya. Konsep imej ini akan membantu suasana rekabentuk dalaman menterjemahkan istilah perubahan era antara dua perkhidmatan perniagaan KTMB tanpa menjejaskan imej asal bangunan stesen.I Cadangan menaiktaraf dan rekabentuk dalaman baru bagi stesen KTMB Seremban ini adalah satu kajian ilmiah yang hasilnya akan membentangkan satu model perancangan ruang khasnya bagi bangunan-bangunan keretapi bersejarah dan mengenal pasti kriteria-kriteria yang perlu yang secara tidak langsung akan menyahut seruan dan saranan kerajaan kerajaan berdasarkan isu-isu yang akan dinyatakan lebih lanjut di dalam kajian tesis ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosly, Mohd Awaluddin
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman, KTMB Seremban
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24665
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MOHD AWALUDDIN ROSLY AP 09_5.pdf] Text
PPd_MOHD AWALUDDIN ROSLY AP 09_5.pdf

Download (104kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24665

Indexing

Statistic

Statistic details