Cadangan menaiktaraf Restoran Tasik Raban di PT 158964, Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh, Perak untuk Puan Jamaliah Desa / Nur Atiqah Halimi

Halimi, Nur Atiqah (2008) Cadangan menaiktaraf Restoran Tasik Raban di PT 158964, Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh, Perak untuk Puan Jamaliah Desa / Nur Atiqah Halimi. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img] Text
PPd_NUR ATIQAH HALIMI AP 08_5.pdf

Download (109kB)

Abstract

Menu masakan sesebuah restoran memainkan peranan penting untuk menarik minat pelanggan datang berkunjung. Sesebuah restoran yang dibuka, akan menumpukan menu masakan tertentu bergantung kepada konsep yang hendak diketengahkan. Bagi pemilik Restoran Tasik Raban, Pn. Jamaliah Desa, masakan ala kampung merupakan menu istimewa bagi restoran ini. Selain itu, Restoran Tasik Raban turut menawarkan menu ikan bakar air tawar kepada para pelanggan yang meminati ikan air tawar. Restoran ini terletak di Ipoh dan merupakan cawangan kedua pemilik selepas Lenggong. Cadangan projek adalah menaiktaraf semula Restoran Tasik Raban selaras dengan menu masakan yang dihidangkan, selain dapat memenuhi kehendak dan keperluan klien. Antara objektif kajian adalah merekabentuk semula ruang restoran menjadi lebih menarik dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Proses kajian melalui beberapa kaedah iaitu, kaedah temuramah di mana soalan-soalan berkaitan akan diajukan kepada klien dan melalui kaedah ini, masalah dapat dikenal pasti dengan lebih mudah. Selain itu, kajian ini turut dibantu melalui kaedah rujukan. Sebarang kesulitan atau ketidak pastian akan dirujuk melalui buku, majalah dan pakar. Melalui rujukan juga, contoh-contoh rekabentuk dapat diperolehi. Bagi Restoran Tasik Raban, suasana kampung merupakan gaya yang sesuai dengan menu masakan yang dihidangkan. Konsep “Experience The Spacious’ ” memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai suasana alam semulajadi yang tenang dan lapang sambil menjamu selera. Bagi menghasilkan rekabentuk yang terbaik, beberapa kajian kes mengenai restoran di dalam dan luar negara telah dilakukan. Antara restoran-restoran terpilih adalah Restoran Uncle Zam, Perak, Bijan Bar and Restaurant, Kuala Lumpur dan Doccia Restaurant, Italy. Kajian kes ini amat penting kerana melalui kajian ini dapat membuka mata dan memberi idea kepada pelajar mengenai rekabentuk-rekabentuk terbaru. Cadangan menaiktaraf Restoran Tasik Raban, Ipoh merupakan sebuah projek yang menarik kerana suasana Restoran Tasik Raban di Lenggong akan diterapkan ke cawangannya di Ipoh. Oleh itu, para pelanggan dapat merasai suasana Tasik Raban walaupun berada di Ipoh.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Halimi, Nur AtiqahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 24654
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk dalaman
Last Modified: 05 Jul 2019 05:27
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24654

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year