Laporan cadangan rekabentuk dalaman Smart Reader Kids, di tapak bangunan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Taman Guar Perahu, 14 000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. / Nor Azila Ahmad

Ahmad, Nor Azila (2007) Laporan cadangan rekabentuk dalaman Smart Reader Kids, di tapak bangunan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Taman Guar Perahu, 14 000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. / Nor Azila Ahmad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir pelajar jurusan Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas sehingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Sebagai projek semester akhir, saya telah memilih skop merekabentuk ruang dalaman bagi Smart Reader Kids di tapak bangunan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Taman Guar Perahu, 14 000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pemilihan projek ini adalah berdasarkan isu-isu yang diketengahkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia ketika ini yang mahu melahirkan generasi yang berilmu dan mampu bersaing bagi kemajuan Negara di samping fasih berbahasa inggeris.ini disebabkan Smart Reader menyediakan program pembelajaran bahasa inggeris kepada ahli-ahlinya.Dengan adanya cadangan ini, ibubapa tidak perlu risau lagi anak-anak mereka akan ketinggalan dalam menimba ilmu pengetahuan dari peringkat asas lagi. Sesungguhnya, proses awalan kanak-kanak ini amat penting dalam proses tumbesaran minda mereka.Kanak-kanak perlu dilatih dan dididik dari awal usia agar terdedah dengan aktiviti keilmuan bagi menjana perkembangan minda mereka.Kanak-kanak juga memerlukan perhatian dan sesuatu aktiviti yang sesuai bagi membantu mereka menghadapi kehidupan ini. Oleh itu, pemilihan pusat didikan atau tadika yang sesuai amat penting kepada kanak-kanak dari seawal usia 3 tahun sebagai persediaan mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar dan bagi mengasah bakat semulajadi mereka dari awal agar mereka dapat membina keyakinan diri.Saya percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi sehebat yang mereka inginkan jika disediakan program awalan yang mudah, ceria dan berkesan untuk menarik minat kanak-kanak menimba ilmu.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Nor Azila
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk Dalaman, smart reader kids
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24633
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NOR AZILA AHMAD AP 07_5.pdf] Text
PPd_NOR AZILA AHMAD AP 07_5.pdf

Download (96kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24633

Indexing

Statistic

Statistic details