Laporan cadangan rekabentuk kedai Sukan Nike Football Store / Ahmad Khairi Jamalludin

Jamalludin, Ahmad Khairi (2009) Laporan cadangan rekabentuk kedai Sukan Nike Football Store / Ahmad Khairi Jamalludin. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar. (Unpublished)

[img] Text
PPd_AHMAD KHAIRI JAMALUDDIN AP 09_5.pdf

Download (107kB)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan satu manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk dalaman ruang Retail Nike Football Store di 12-1 a dan 1b, Jalan Persiaran Greentown 8, Pusat Pemiagaan Greentown Ipoh 30450. Pembukaan retail ini merupakan cawangan retail Nike football Store yang ke-enam di Malaysia. Retail Nike merupakan sebuah retail barangan sukan yang asalnya dari United State, dan kepercayaan dan pengiktirafan telah diberikan kepada Al-lkhsan Sport sdn bhd untuk menjadi kedai retail pertama di iktiraf oleh pihak Nike di asia tenggara. Retail ini menjual pelbagai barangan sukan bola sepak dari baju, seluar hinggalah ke kasut. Retail ini memberikan tumpuan kepada pelanggan terutama golongan remaja serta peminat-peminat sukan yang mengikuti perkembangan sukan bola sepak. Pelanggan yang berkunjung ke Retail Nike Football Store merupakan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang. Oleh itu, imej dan konsep dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu dan mestilah memberikan keselesaan keada pelanggan ketika membuat urusan. Imej dan konsep yang dipilih mestilah yang mempunyai semangat sukan yang berkesan, dan stail rekabentuk yang dipilih untuk retail ini ialah 'feel the experience’, yang membawa maksud mendalami atau menjiwai semangat kesukanan. Ini kerana sukan ini bukan sahaja diminati oleh lelaki sahaja, malah turut di minati oleh wanita. Dalam menyiapkan tugasan ini, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untk mengenalpasti sasaran pengguna dan sebagainya.Antara kaedah kajian yang dijalankan ialah melalui temuramah, internet, borang soal selidik, pemerhatian dan beberapa kajian lain. Kajian ini seterusnya membantu memberikan maklumat dalam merekabentuk ruang dalaman Retail Nike Football Store.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Jamalludin, Ahmad KhairiUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 24242
Uncontrolled Keywords: Kedai Sukan Nike Football Store; Cadangan menaik taraf; Rekabentuk Dalaman; Cadangan rekabentuk
Last Modified: 21 May 2019 03:07
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24242

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year