Merekabentuk sebuah mesin pengurut badan untuk penyakit CTD / Fariza Herdani Mohd Hashim

Mohd Hashim, Fariza Herdani (2005) Merekabentuk sebuah mesin pengurut badan untuk penyakit CTD / Fariza Herdani Mohd Hashim. Student Project. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
PPb_FARIZA HERDANI MOHD HASHIM AD K 05_5.pdf

Download (254kB)

Abstract

Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian, namun keija juga merupakan salah satu perkara yang penting untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan memenuhi keperluan dan kehendak yang semakin tinggi tarafnya. Kedua- dua aspek ini mesti diambil kira dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian pemilihan produk yang memenuhi citarasa pengguna serta yang dapat membantu pengguna dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh pengguna yang bekeija terutamanya pengguna komputer. Penggunaan komputer dalam kehidupan sudah menjadi ikutan dan keperluan yang penting. Tetapi manusia tidak boleh lari dari masalah yang sering dihadapi oleh pengguna komputer iaitu masalah kesihatan yang akan terjadi sekiranya ia tidak digunakan dengan betul yang mana setiap anggota postur kita sama ada berkedudukan, melakukan kerja, berlari atau sebagainya perlu kepada satu bentuk peraturan dan cara yang betul dan berakhlak.Pengguna komputer yang kerap tanpa mengamalkan prosedur keselamatan dan kesihatan yang betul dan mengikut kehendak ergonomik sebenamya akan mengundang dan mendedahkan mereka kepada Sindrom Ganguan Longgokan Trauma (CTD). Sindrom ini di kaitkan dengan rasa kesakitan, kebas, sengal, lenguh, lemah, rasa mencucuk yang berpanjangan di bahagian musculoskeletal, iaitu merujuk bahagian jari, bahu, leher dan tengkuk. Jadi sebuah produk akan direka bagi mengurangkan masalah yang dihadapi. Tujuan rekaan produk ‘ CTD Massage Machine’ ini adalah untuk mengurangkan penyakit CTD dan memberikan keselesaan kepada golongan pekeija dan pelajar yang kerap menggunakan komputer dalam kerja seharian. Ia direka dengan memasukkan ciri-ciri dan unsur-unsur yang terbaik dalam mengurangkan sindrom CTD. Ini adalah menjadi adat kepada pereka agar sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru bagi memudahkan keija seharian. Fungsi dan kejayaan sesuatu seni reka produk itu bergantung kepada bagaimana usaha , proses dan cara elemen dan prinsip rekaan dapat di eksploitasi dan diolah secara kreatif dan inovatif oleh seorang pereka perindustrian.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Mohd Hashim, Fariza HerdaniUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design_K
Item ID: 24207
Uncontrolled Keywords: Kesihatan; Keselamatan; Musculoskeletal; CTD; Komputer; Penyakit
Last Modified: 30 May 2019 07:21
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24207

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year