Keberkesanan perlaksanaan penswastaan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Zaidi Zakaria

Zakaria, Zaidi (1999) Keberkesanan perlaksanaan penswastaan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Zaidi Zakaria. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img] Text
TD_ZAIDI ZAKARIA AP 99_5.pdf

Download (127kB)

Abstract

Pengurusan sisa pepejal merupakan satu aspek yang penting yang mana mesti dijalankan demi menjamin kebersihan sesuatu kawasan di samping memberikan tahap kesihatan yang baik kepada penduduk setempat yang terbabit. Pembangunan bagi sesebuah negara itu juga akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pengurusan ke atas sisa pepejal ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan bersistematik. Sisa pepejal adalah merupakan semua hasil buangan atau sampah yang berpunca daripada aktiviti manusia ataupun haiwan yang sudah tidak digunakan lagi. Pengurusan sisa pepejal terdiri daripada beberapa peringkat iaitu bermula daripada peringkat pengeluaran, storan, pengumpulan dan pemungutan, pengangkutan, proses guna semula dan peringkat proses pelupusan. Pada masa kini, perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal ini adalah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kerajaan telahpun melancarkan pelbagai program berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal supaya ianya akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan juga dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Setiap kali ianya dilaksanakan, peruntukan perbelanjaan bagi menguruskan sisa pepejal ini juga semakin bertambah. Terdapat juga beberapa masalah lain yang timbul seperti masalah sumber kewangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak mencukupi untuk menampung penyediaan projek pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan awam kepada masyarakat ini.

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsEmail
Zakaria, ZaidiUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 24195
Uncontrolled Keywords: Keberkesanan perlaksanaan penswastaan; Sisa pepejal
Last Modified: 10 May 2019 07:35
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24195

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year