Cadangan menaiktaraf Tadika Casa Montessori di 60, Jalan BU 1/9, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor / Siti Hanifah Dorani

Dorani, Siti Hanifah (2009) Cadangan menaiktaraf Tadika Casa Montessori di 60, Jalan BU 1/9, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor / Siti Hanifah Dorani. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tadika adalah titik permulaan untuk anak-anak mula menerima persekitaran barn selepas di rumah. Oleh itu, setiap ibu bapa menginginkan pendidikan yang bagus untuk anak-anak mereka terutama apabila anak-anak sudah semakin meningkat dewasa. Apa yang berlaku sekarang, kebanyakan tadika mempunyai elemen-elemen yang ibu bapa inginkan tetapi apabila sudah berdaftar, kanak-kanak itu tidak berminat dengan persekitaran tadika itu. Bagi pemilik tadika Casa Montessori, Ms. Karen Wong, program atau aktiviti dan juga persekitaran yang sesuai dengan kanak-kanak merupakan perkara yang penting dalam mendidik kanak-kanak. Cadangan projek adalah menaiktaraf semula tadika Casa Montessori selaras dengan program dan aktiviti yang dijalankan, selain dapat memenuhi kehendak dan keperluan klien. Antara objektif kajian adalah merekabentuk semula ruang tadika menjadi lebih ceria dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Proses kajian melalui beberapa kaedah iaitu, kaedah temuramah di mana soalan-soalan berkaitan akan diajukan kepada klien dan melalui kaedah ini, masalah dapat dikenal pasti dengan lebih mudah. Selain itu, kajian ini turut dibantu melalui kaedah rujukan. Sebarang kesulitan atau ketidak pastian akan dirujuk melalui buku, majalah, media elektronik dan pakar. Bagi tadika Casa Montessori suasana moden merupakan gaya yang sesuai dengan program dan aktiviti yang dijalankan. Konsep ‘Cheerful Learning’ memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai suasana pembelajaran yang ceria di tadika ini. Cadangan menaiktaraf tadika Casa Montessori merupakan projek yang menarik kerana dapat memahami sedikit sebanyak tentang kehendak dan keperluan kanak-kanak.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Dorani, Siti Hanifah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments
N Fine Arts > NA Architecture > City planning. Regional planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Tadika; menaiktaraf; Tadika Casa Montessori
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24184
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI HANIFAH DORANI AP 09_5.pdf] Text
PPd_SITI HANIFAH DORANI AP 09_5.pdf

Download (118kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24184

Indexing

Statistic

Statistic details